Padam gambar ‘free hair’, Mawar Rashid umum berhijab

Hiburan Islamik Keluarga

Sempena kedatangan Tahun Baru Islam 1442H, pelakon jelita Mawar Rashid mengambil keputusan bagi melakukan ‘penghijrahan’ dengan tampil berhijab.

Mawar atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid mengumumkan perkara tersebut semalam menerusi sebuah posting di Instagram dengan memuat naik sekeping gambar memakai hijab.

Pelakon berusia 25 tahun itu berharap orang ramai dapat mendoakan dirinya agar kekal kekal istiqamah dalam melaksanakan tuntutan dalam Islam itu.

Muharram 2, 1442. Berkat hari Jumaat, penghijrahan Mawar telah pun bermula. Doakan Mawar sentiasa beristiqomah untuk sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT. Aamiin,” katanya.

Selain itu, tinjauan pada ‘feed’ Instagram miliknya sebelum ini mendapati kebanyakan hanya tinggal posting gambar dan video yang mengenakan hijab.

 

View this post on Instagram

 

Best nye terawih everynight.. can’t wait for tonight! Selamat berbuka semua 🥰

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

 

View this post on Instagram

 

Hi suami👋 . . Love you 😘 . . @rafyaakob

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob turut menyambut baik keputusan tersebut dengan berkongsi beberapa dalil mengenai ganjaran syurga dan bidadari.

Moga kita sentiasa beristiqamah dalam mencari redha Allah!

 

View this post on Instagram

 

BAKAL KETUA BIDADARI SAYA DI SYURGA 💗 . Persoalan yang sering timbul daripada golongan2 isteri tentang “Jika suami mereka diganjarkan syurga dan bidadari, maka adakah di syurga kelak mereka tidak akan bersama?” . Menurut jumhur ulama, jika suami dan isteri menjadi penghuni syurga dan diganjarkan bidadari, maka taraf isterinya adalah lebih tinggi, iaitu ketua kepada bidadari syurga tersebut. (Riwayat Imam Al-Qurtubi) . Ada jugak beberapa dalil yang menyebutkan bahawa segala permintaan wanita akan dikurniakan dan taraf mereka adalah lebih tinggi berbanding bidadari. . Pesanan pada para suami, ajaklah isteri, anak-anak dan ahli keluarga untuk sama-sama mengerjakan amalan yang soleh dan mentaati perintah Allah SWT supaya keluarga yang kita bina di dunia ini kekal sehingga ke syurga. Insyaa’Allah. SELF REMINDER FOR ME TOO ☺️ . Salam Jumaat semua. Semoga kita sentiasa beristiqamah dalam mencari redha Allah Swt. Aamiin Allah Humma Aamiin Ya Mujibassailin 🤲🏽

A post shared by Raden Ahmad Faizal Bin Yaakob (@rafyaakob) on

Terdahulu, ibu kepada dua cahaya mata itu perlahan-lahan melatih diri untuk memakai tudung sepanjang Ramadan lalu sebelum terus berhijab.

 

Sumber : Mawar Rashid, Raf Yaakob, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.