Padu Beb! Netizen Imbau Kenangan Tonton Video Nyanyian Lan (Kristal), Fairuz (Q-Face), Naqiu (Boboy) & Tomok (New Boyz)

Gandingan Padu, Netizen Imbau Kenangan Tonton Video Nyanyian Lan (Kristal), Fairuz (Q-Face), Naqiu (Boboy) & Tomok (New Boyz)

Hiburan

Padu Beb! Netizen Imbau Kenangan Tonton Video Nyanyian Lan (Kristal), Fairuz (Q-Face), Naqiu (Boboy) & Tomok (New Boyz)

Rata-rata netizen mengimbau kenangan manis di zaman persekolahan selepas menonton video nyanyian empat vokalis kumpulan muzik remaja yang pernah popular di akhir tahun 90-an.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh stesen radio GEGAR di saluran YouTube mereka, dua orang penyampai Gegar Pagi, Shah dan Anna mengimbau memori kegemilangan lima band popular iaitu Kristal, Q-Face, Boboy, New Boyz dan Spin. 

Empat vokalis iaitu Lan, Fairuz, Naqiu dan Tomok dijemput memeriahkan studio Gegar dan menyampaikan rangkaian lagu popular mereka iaitu Seragam Hitam, Izikanlah, Episod Cinta dan Sejarah Mungkin Berulang.

Di akhir video, mereka turut sama-sama menyanyikan lagu popular nyanyian kumpulan Spin, Janji Kita.

Di ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kredit kepada stesen radio GEGAR yang mengumpulkan empat vokalis itu dalam satu video.




.

Mereka juga memuji usaha GEGAR yang melakukan tribute untuk vokalis Spin, Allahyarham Achik menerusi nyanyian lagu Janji Kita.

Dalam pada itu, peminat juga teruja melihat kemunculan Naqiu yang sudah lama tidak muncul menyanyi di kaca televisyen.

Baru sahaja dimuat naik pada 23 Januari lalu, video terbabit sudah mendapat lebih 55,000 tontonan dan mendapat reaksi positif netizen

sumber : astro gempak