“Pakai Tudung Makcik Pun Lawa Dah”- Gaya Simple Sarah Hildebrand Ke Pasar Cari Ikan Kering Untuk Suami Di Puji.

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon baru yang juga pengacara terkenal, Sarah Hildebrand – kini sedang rancak menempa nama dalam industri hiburan tanah air meskipun telah lama mencipta nama sebagai model komersial.

Jika sebelum ini pelakon yang mula dikenali mererusi drama Pujaan Hati Kanda itu sering dikaitkan dengan kisah cintanya bersama Nabil Mahir, berbeza pula kebelakangan ini sejak dia bergelar isteri orang.

 

View this post on Instagram

 

Going to Pasar Nat

A post shared by Sarah Hildebrand (@sarahhildebrand) on

Memilih jejaka kacukan Filipina-Amerika, Otto Gillen yang juga kawan lamanya sebagai suami awal bulan lalu, Sarah mula terbuka berkongsi aktiviti sehariannya bersama suami, keluarga dan rakan-rakan.

Menerusi Instagramnya, Sarah telah berkongsi aktivitinya di kampung di Kangar, Perlis dengan membawa Otto menemui keluarganya di kampung dan memberi peluang kepada suaminya untuk merasai pengalaman kehidupan di kampung.

Namun begitu, yang lebih menarik perhatian adalah penampilan Sarah yang seolah-olah seperti gadis kampung, telah mencuit hati netizen.

Beberapa keping foto yang dimuatnaiknya, Sarah kelihatan sangat cantik meskipun tanpa secalit solekan dan hanya bertudung sauk.

“Cari ikan kering untuk @otto.gillen”, tulis Sarah.

Ramai memuji sifat humble & simple Sarah meskipun hanya memakai tudung sarung sudah cukup kelihatan cantik.

Posting Sarah bersama suaminya kebelakangan ini sering mendapat perhatian netizen dan menggelarkan pasangan itu sebagai ‘cool couple’.

 

 

View this post on Instagram

 

Cari ikan kering untuk @otto.gillen

A post shared by Sarah Hildebrand (@sarahhildebrand) on

sumber : Lobak Merah

error: Content is protected !!