Pakcik Gigih Jual Lepat Pisang Kumpul Wang RM3K Untuk Buat Pembed4han Matanya

Keluarga Semasa

Ada yang terpaksa bergelumang dalam kesusahan demi meneruskan hidup. Tiada istilah penat, selagi terdaya, selagi ada kudrat, selagi itu mereka akan bekerja demi mencari rezeki yang halal.

Seperti perkongsian oleh seorang gadis, Nuriylia Malek di Twitter mengenai seorang warga emas yang ditemuinya sedang menjual di tepi jalan di Jitra, baru-baru ini.

Dengan kudrat yang masih tersisa, warga emas lebih separuh abad itu masih gigih berdiri menanti pelanggan yang datang membeli kuih jualannya, lepat pisang, pulut udang dan tepung bungkus.

Ketika ditanya, Nuriylia berkata, pak cik tersebut ingin mengumpul wang demi melunaskan satu hajatnya selama ini iaitu untuk melakukan pembed4han mata supaya penglihatannya lebih jelas akibat masalah kencing manis.

Kata Nuriylia, jumlah pembed4han menelan belanja sebanyak RM3 ribu ringgit namun warga emas itu hanya dapat mengumpul ratusan ringgit hasil dari jualan kuih yang tidak seberapa.

Nak buat pembed4han mata..

Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen turut menzahirkan rasa simpati dan kagum akan kegigihan warga emas itu mencari rezeki tanpa meminta-minta.

Malah, kesedapan kuih-muih yang dijual oleh beliau turut diakui oleh ramai warganet. Kami mendoakan semoga hajat Pak Cik tertunai dan semua urusan dipermudahkan. Amin.

Sedap wooo

Pakcik ni orang kampung i

Dah pernah beli, sedap sangat

Legend tuh

 

Sumber: Twitter @nuriyliamalek, Siakap Keli

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.