Parodi Juara Lagu Bell Ngasri Tetapi Part Azza Elite Memang Menjadi.

Lawak & Seram

Pasti ramai yang pernah menonton parodi MeleTOP malah pelawak Bell Ngasri tentunya sudah tidak asing lagi yang mana sentiasa membuat penonton terhibur.

Menerusi Instagram, Azza Elite yang turut berlakon dalam parodi MeleTOP memuji Bell yang kelakar orangnya malah berkata beri je watak apa untuk Bell. Mesti kelakar!

Bell yang berlakon menjadi Baby Pian itu membuatkan ramai terhibur dengan gayanya yang dikatakan sangat menjadi.

Namun, Azza juga membuatkan netizen geli hati melihat gelagatnya menerusi parodi tersebut apabila pada bahagian akhir video, Azza membuat lawak tentang mimik mukanya yang pernah viral sebelum ini.

Best.. lawak ulang banyak kali tengok

Di ruangan komen, netizen meninggalkan komen positif terhadap parodi yang dilakukan oleh mereka berdua sampaikan ada ulang tayang video parodi dikongsi oleh Azza.

Kak mu padu kak..

Hahaha berdekah..

Sumber: Azza Elite via himpunanceritalawak