Terkini: Pasar Malam, Kedai Gunting Rambut & Car wash Dibenarkan Beroperasi Mulai Esok

Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan kedai gunting rambut, kedai cuci kereta dan pasar malam beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) sehingga 18 Februari 2021.

Namun pembukaannya difahamkan dibenarkan dengan operasi yang ketat.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan Keselamatan Dato Seri Ismail Sabri menerusi sidang media harian pada petang khamis.

Menurut beliau, waktu operasi pasar malam yang dibenarkan adalah dari 4.00 petang sehingga 10 malam manakala kedai gunting rambut dan salun dibenarkan beroperasi sehingga 10 malam.

“Pasar malam boleh beroperasi daripada pukul 4 petang manakala jarak antara gerai hendaklah sekurang-kurangnya satu meter serta hanya laluan keluar masuk sehala sahaja dibenarkan.”

Selain itu, pusat cuci kereta juga turut dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam.

Jelas beliau lagi, kebenaran akan berkuatkuasa mulai esok

“Ianya berkuatkuasa bermula esok 5( februari 2021) ” kata Ismail Sabri.

Beliau dalam masa sama turut mengingatkan sekiranya terdapat kes positif Cov1d-19 dikalangan pekerja atau perlanggaran SOP di mana-mana aktiviti perniagaan yang sudah diluluskan hari ini dan terdahulu, kerajaan akan mengambil keputusan teg4s dengan menutup operasi perniagaan tersebut.

“(Semua) Aktiviti perniagaan yang kita buka ini, kalau ada kes p0sitif sahaja di tempat tersebut, maka ia akan ditutup.

“Kalau ada perlanggaran SOP pun kita akan ambil tindakan tutup juga. Semua perusahaan yang sudah dibenarkan sebelum ini perlu patuh SOP ” jelas beliau lagi.

 

Sumber: Buzzkini, Siakap Keli, BERNAMA

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf