PDRM benarkan penjualan bunga api

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membenarkan penjualan bunga api bagi musim perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Datuk Wira Mat Kasim Karim berkata, kelulusan dasar telah diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mengimport, menyimpan dan berniaga secara jualan umum sempena musim perayaan.

“Sehubungan itu, penjualan bunga api bagi Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini adalah dibenarkan dengan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh PDRM.

“Tindakan und4ng-und4ng boleh diambil di bawah Sksyen 8 Akta Bahan Letvpan 1957 (AKta 207) yang boleh dikenakan hvkuman penj4ra tujuh tahun atau d3nda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, semua pihak yang menjalankan perniagaan tersebut diberi peringatan untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (S0P) yang telah dikeluarkan.

“Antara syarat yang perlu dipatuhi oleh peniaga kecil atau peruncit dan pasar raya adalah warganegara Malaysia sahaja, lesen berniaga hendaklah dipamerkan dan tempoh jualan hanya dibenarkan selama 30 hari.

“Peniaga kecil dan bazar adalah dibenarkan dengan syarat mempunyai tempat simpan sel4mat serta diperakui dan mempunyai kebenaran seperti permit atau lesen,” katanya.

Tambahnya, antara perkara yang tidak dibenarkan ialah menjual bunga api kepada pembeli kurang 18 tahun, urus niaga secara dalam talian dan restoran serta kedai makan tidak dibenarkan menjual bunga api.

Penjualan bunga api dalam talian tidak dibenarkan - ismaweb

36 jenis bunga api yang dibenarkan

1. Pop-Pop
2. Happy Boom Glow of Sunset
3. Happy Boom Sunset Bar
4. Happy Boom Glories
5. Happy Boom Flower Silver Cracking Rain
6. Happy Boom Birthday Candle
7. Happy Boom Dush 20 (Roman Candle)
8. Happy Boom Dush 30 (Roman Candle)
9. Happy Boom 10 Shoots (Roman Candle)
10. Happy Boom 8 Shoots Roman Candle (New)
11. Happy Boom Sun Sparkles
12. Happy Boom Colour Sun Sparkle (18 inci Besi Colour)
13. Happy Boom Fountain
14. Happy Boom 10 inci Ice Cream (Fountain)
15. Happy Boom 15 inci Ice Cream (Fountain)
16. Happy Boom 13 inci Conic (Fountain)
17. Happy Boom Mini Ice Cream (Fountain)
18. Happy Boom Peacock Fountain
19. Happy Boom Happines Fountain
20. Happy Boom Ground Boom Flower
21. Happy Boom Camelia Flower
22. Happy Boom Firework
23. Happy Boom Pili Cracker
24. Happy Boom Pili Cracker 3 Minutes
25. Happy Boom Moon (Rockets)
26. Happy Boom Thunder Clap (Rockets)
27. Happy Boom Top Gun (UFO)
28. Happy Boom Top Gun
29. Happy Boom Sky Dragon (New)
30. Happy Boom 14 inci Besi
31. Happy Boom Bee
32. Happy Boom Mancis
33. Happy Boom Cili Padi
34. Happy Boom Party Pooper
35. Happy Boom Banana Kecil
36. Happy Boom Banana Hujan

Tidak dibenarkan

1. Happy Boom Red Cracker (8 inci)
2. Happy Boom Red Cracker (Cake)
3. Happy Boom Celebration Red fire Cracker
4. Happy Boom Assorted Celebration Cake Repeater (1 inci 49 shot)
5. Happy Boom Assorted Celebration Cake Repeate (1.5 inci 138 shot)
6. Happy Boom Shoot Cake (1 inci 16 shot)
7. Happy Boom Shoot Cake (1 inci 25 shot)
8. Happy Boom Shoot Cake (1 inci 36 shot)
9. Happy Boom Tikus 50 (50 Misile)

 

Sumber: K! ONLINE

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.