Akhirnya ada nama! ‘Pejuang’ parti baharu Tun M

Semasa Tempatan

PARTI baharu di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diberi nama ‘Pejuang’.

Pengumuman itu dibuat menerusi blog Dr Mahathir, Chedet pada Rabu menerusi satu sajak yang mendakwa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah dirampas untuk menyelamatkan klept0krat.

“Rasuah menghancurkan bangsa, rasuah yang hancur orang Melayu. Jika ingin dapat jawatan dan wang. Pilih parti lain.

“Jika ingin tebus maruah. Jika ingin kekal hak kita. Pilih parti kami. Pilih Pejuang,” kata Dr Mahathir, yang berusia 95 tahun.

Pada Jumaat lalu, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan parti baharu berasaskan perjuangan orang Melayu, berikutan keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan saman yang difailkan Dr Mahathir dan yang lain berhubung pembatalan keahlian mereka dalam Bersatu.

Ketika itu, parti baharu tersebut masih belum diberikan nama.

Beberapa jam lagi, Tun M bakal umum parti baharu

Tun Mahathir tubuh parti baharu tidak terikat PH atau PN | BebasNews

TERDAHULU, Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka mengumumkan pembentukan sebuah parti politik baharu petang Jumaat, demikian menurut sumber.

Parti baharu itu dinamakan Parti Bersatu Rakyat Malaysia, nama yang hampir menyerupai bekas parti yang disertai beliau sebelum ini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurut sumber, satu sidang media bagi mengumumkan parti baharu oleh Dr Mahathir itu akan diadakan di sebuah hotel di Bangsar, Kuala Lumpur.

Pembantu Dr Mahathir ketika dihubungi untuk mengesahkan perkara itu, bagaimanapun mengambil pendekatan mengunci mulut.

Namun pemeriksaan di hotel tersebut menunjukkan bahawa persiapan sedang dilakukan untuk Dr Mahathir mengadakan sidang media pada petang Jumaat.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Jumaat membenarkan permohonan Presiden Bersatu yang juga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengenepikan saman Dr Mahathir dan empat lagi anggota parlimen yang mencabar pemecatan mereka daripada Bersatu.

Hakim Rohani Ismail membuat keputusan itu dengan mengatakan bahawa Dr Mahathir dan plaintif lain tidak mempunyai lokus untuk menuntut apa yang mereka dakwa bahawa penamatan keahlian Bersatu sebagai tidak sah.

Pada 23 Julai lalu, Dr Mahathir memberitahu bahawa jika keputusan mahkamah tidak memihak kepadanya, dia akan membentuk parti baharu.

 

Sumber: mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.