Pelakon ‘Eiffel…I’m In Love’, Telah Pergi Bertemu Ilahi Dalam Kondisi Hamil 5 Bulan.

Hiburan

Menerusi laman Instagram Melly Goeslaw, dikhabarkan pelakon filem popular Eiffel…I’m In Love, Saphira Indah telah meninggal dunia pada 30 Januari, semalam.

Difahamkan, pelakon Poconggg Juga Pocong ini meninggal pada usia 32 tahun dan dikatakan turut sedang hamil 5 bulan.

Allahyarham memulakan karier lakonan menerusi filem Eiffel…I’m In Love pada 2003.

Sehingga kini penyebab kematiannya masih sedang disiasat.

Saphira popular menerusi watak Uni dalam filem sekuel Eiffel…I’m In Love dan Eiffel…I’m In Love 2.

Pelakon kelahiran Bandung ini mendirikan rumah tangga tiga tahun lalu bersama Ai Rico Hidros Daeng dan mempunyai seorang anak, Ahmad Titan At Tariq.

Sama-sama kita sedekahkah Al-Fatihah kepada Allahyarham.

Foto – Instagram Melly Goeslaw