“Pelaku Orang Asli, Polis Tak Dapat Cari ” – Pengguna Twitter Sebar Fitnah, Polis Ambil Tindakan.

Hiburan

POLIS akan mengambil tindakan terhadap seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun bernama Zikri Armstrong kerana memuat naik ciapan mendakwa Nora Anne Quoirin diro0g ol orang asli.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, dakwaan pengguna laman sosial itu adalah satu fi1tnah.

Beliau ketika dihubungi bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan polis berhubung ciapan berkenaan yang mulai tular sejak semalam.

Katanya, polis akan melakukan siasatan terhadap pengguna Twitter itu.

“Itu adalah fitnah. Setakat ini polis belum menerima sebarang laporan (mengenai ciapan), bagaimanapun akan melakukan si1asatan,” katanya, hari ini.

Terdahulu, tular di laman sosial satu ciapan oleh pengguna lelaki menggunakan nama Zikri Armstrong mendakwa remaja warga Ireland yang dilaporkan hilang sebelum ditemui m@ati selepas 10 hari itu dir0 ogol orang asli.

“Pero0 gol Nora Anne adalah orang asli. Police will never find the killer cuz most orang asli still dont have IC or any sort of citizen data. Bet me,” katanya di laman twitternya.

Lokasi resort tempat penginapan Nora Anne dan keluarganya dekat hutan di Pantai, di Seremban, adalah berdekatan kawasan penempatan suku asli.

Selepas 10 hari kehilangannya, ma@yat Nora Anne ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari resort berkenaan tanpa p@akaian jam 1.57 tengah hari, kelmarin.

Sementara itu, lebih 30 wartawan dan jurugambar pelbagai agensi berita berkumpul di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) Seremban, bagi membuat liputan b3edah siasat ma@yat Nora Anne Quoirin.

Mereka yang terdiri daripada media tempatan dan antarabangsa sebelum itu hanya dibenarkan berkumpul di hadapan Jabatan Perubatan Fore3nsik yang dikawal oleh anggota polis.

Ada antara petugas media tiba seawal jam 7 pagi ini bagi mengikuti perkembangan keputusan b3edah siasat remaja Ireland itu.

Bagaimanapun, sidang media mengenainya dijangka diadakan jam 2 petang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

Apa-apa pun teorinya, diharapkan dengan sidang media oleh pihak polis petang nanti, berjaya merungkai miseri k3matian Nora Anne

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: hmetro