Pelbagai usaha sudah dibuat, akhirnya Yuna terserempak artis popular ini di LA.

Lawak & Seram

PENYANYI Yuna memberitahu dia sudah lama menyimpan impian untuk bekerjasama dengan seorang artis ternama sejak beberapa tahun lalu.

Yuna, 32, berkata dia sudah mencuba pelbagai cara menghubungi artis tersebut untuk memberikan lagunya namun masih tidak berjaya.

“Saya dah tunggu nak bekerjasama dengan seorang artis ini untuk beberapa tahun dan beberapa bulan ini saya bekerja menghasilkan album, saya ada satu lagu yang saya rasa dia akan tertarik.

“Saya cuba mencari jalan untuk menghubunginya. Jadi, saya cuba segalanya, DM, melalui pengurusan, bertanya rakan-rakan kalau mereka ada kenalan dalam pengurusan dia. Dia benar-benar perlu mendengar lagu saya!

“Itu sahaja dan apa yang akan terjadi selepas ini saya berserah pada Allah. Tapi saya dah berusaha beberapa bulan tapi tak ada rezeki. Masih tidak dapat hubunginya,” kata Yuna menerusi laman Instastorynya.

 

Yuna berkongsi detik pertemuan tidak sengaja dengan artis yang dia teringin bekerjasama.

Menurut Yuna yang kini berada di Los Angelas, impian untuk bertemu dengan artis itu akhirnya tercapai apabila mereka secara tidak sengaja terserempak di kedai minuman kegemarannya.

“Jadi, saya buat keputusan untuk habiskan masa lagi beberapa minggu untuk rakaman. Memandangkan hari ini saya cuti dan hari terakhir di bandar ini, saya ambil masa untuk berkemas, membersih dan sebagainya.

“Kemudian keluar untuk berlari dan minum kopi selepas itu. Saya memandu ke kafe kegemaran, letakkan kereta, keluar dan cuba teka saya jumpa siapa?

“Itu dia! Saya terus kata hey, kami berborak sekejap. Saya beritahu dia, saya ada lagu dan kami bertukar nombor telefon. Saya tak percaya! Saya akan hantar lagu kepada dia sekarang!” katanya.

Yuna kini berada di Los Angelas untuk merakamkan album terbaharunya.

Bagaimanapun, Yuna enggan mendedahkan nama artis tersebut dan meletakkan harapan agar satu hari nanti peminatnya dapat mendengar lagu mereka.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Crush ini memberitahu untuk mendapatkan sesuatu kemahuan itu perlukan kerja keras, berdoa dan percaya pada takdir.

“Apa yang akan terjadi selepas ini terserah padanya. Apa yang saya cuba sampaikan disini, percaya pada takdir dan sentiasa positif jika mahukan sesuatu.

“Kerja keras, berdoa, percaya dan bersedia. Sebab ia mungkin akan terjadi! Dan apabila terjadi, ucapkan Alhamdulillah! Awak tak tahu betapa gembiranya saya rasa sekarang ini,” katanya.


Sumber : mstar/Ig Yuna

Namun teka teki seakan menyatakan penyanyi tersebut adalah Afghan , figura yang cukup terkenal dari Indonesia. Ini kerana Yuna di lihat bergambar dengan Afghan yang turut berada di California. Jika benar pasti ramai tidak sabar menantikan duet mereka berdua. All the best Yuna dari kami semua video non stop!