“Itulah kebahagiaan saya..”- Walau lvmpuh tapi tak duduk diam, gigih ajar mengaji al-Quran atas kerusi roda

Setiap orang mempunyai cabaran tersendiri dalam kehidupan masing-masing. Ada yang diuji dengan kesulitan mendapatkan kewangan, ada juga yang diuji dengan keterbatasan dalam pergerakkan.

Walau bagaimanapun, dugaan-dugaan tersebut bukan satu hal4ngan untuk kita memperoleh pendapatan demi kelangsungan hidup.

Tetap tabur bakti walau lvmpuh

Menerusi perkongsian yang diperoleh daripada Harian Metro, seorang pemuda dikenali sebagai Muhamad Hidayat Ishak, 21 tetap berusaha mencari wang sebagai guru mengaji walaupun mengalami lvmpuh kerana menghidap penyakit ‘duchenne muscular dystrophy’ iaitu lemah otot dan saraf.

Mengajar al-Quran satu kebahagiaan

Dengan kelebihan yang diperoleh daripada Allah S.W.T, Hidayat tetap gigih mengajar mengaji kepada 35 orang anak muridnya yang terdiri daripada enam hingga 17 tahun.

Pada setiap petang, Hidayat akan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran al-Quran seawal jam 3 petang secara berperingkat tanpa mengenakan sebarang bayaran tertentu kepada semua pelajarnya.

“Itulah kebahagiaan bagi saya dengan mengajar al-Quran. Kalau mereka tidak bayar pun saya tak kisah kerana tujuan saya mahu mendidik mereka pandai mengaji al-Quran.”

“Sebagai hambaNya, saya bersyukur masih boleh berbakti kepada masyarakat walaupun dalam ruang lingkup yang terhad. Bagi saya, kekuatan ini datang dari doa ibu dan murid yang belajar mengaji ini.”

Bapa juga telah mninggal dunia

Hidayat juga memaklum bahawa hanya bersekolah sehingga darjah enam sahaja di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Panjang kerana tubuhnya semakin lemah.

Bapanya pula mninggal dunia tidak lama selepas dia jatvh s4kit dan membuatkan ibunya, Maimun Ujang, 57, terpaksa berniaga makanan secara kecil-kecilan demi menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Terima sumbangan

Kecekalan pemuda tersebut telah mendapt perhatian pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Al-Baasith, MyFundAction serta Bilal Muda yang menyantuni pemuda istimewa itu.

Beberapa keperluan untuk Hidayat mengajar telah disumbangkan bagi memudahkan murid-muridnya mempelajari al-Quran disamping membantu pemuda itu sendiri.

 

Sumber: Harian Metro (Mohd Khidir Zakaria), Al-Baasith Paakab, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.