“Penampilan Seseorang Tidak Boleh Di Salah Ertikan..”-Jawapan Mengapa Puteri Kesayangan Raja Arab Saudi Tidak Berhijab.

Santai Semasa

Memiliki rupa paras yang yang cantik, Puteri Ameerah binti Aidan bin Nayef AlTaweel Al Otaibi telah memukau setiap mata yang memandang. Lahir pada 6 Novermber 1983, Puteri Ameerah AlTaweel dibesarkan oleh ibunya yang berstatus ibu tunggal bersama neneknya di Riyadh.

Kisah hidupnya umpama dongeng yang sering menjadi bed-time story kanak-kanak perempuan, Cinderella. Ketika berusia 18 tahun, Puteri Ameerah AlTaweel mahu menyiapkan tugasan sekolahnya dengan mewawancara Putera AlWaleed Bin Talal yang merupakan cucu dari Raja Pertama Arab Saudi, Ibn Saud juga merupakan anak saudara Raja Arab Saudi sekarang, Raja Salman bin Abdul Aziz.

Kehebatan cinta pandang pertama di antara keduanya telah memutuskan pasangan ini untuk melangsungkan perkahwinan walaupun jarak usia 30 tahun. Bermulalah episod Puteri Ameerah alTaweel sebagai ahli istana Arab Saudi.

Namun, sayangnya perkahwinan yang terjalin atas dasar cinta ini tidak kekal lama dan pasangan ini mengambil keputusan untuk bercerai pada November 2013. Walaupun sudah berpisah tetapi hubungan mereka masih baik sebagai sahabat.

Harta yang melimpah-ruah tidak menjadikan Puteri Ameerah AlTaweel duduk bermaharalela di kediaman mewahnya. Wanita yang mendapat pendidikan di University in New Haven dalam jurusan Pengurusan Perniagaan ini juga terkenal sebagai seorang aktivis kemanusiaan.

Puetri Ameerah AlTaweel pernah menjawat jawatan sebagai Wakil Ketua Yayasan Alwaleed bin Talal yang bergerak dalam bidang kemanusiaan, membasmi kemiskinan dan pendidikan. Beliau telah melawat lebih daripada 70 buah negara dengan inisiatif membantu mereka yang memerlukan. Puteri jelita ini terkenal di seluruh dunia sebagai seorang dermawan dan juga ikon fesyen.

Selain beramal untuk membantu mereka yang memerlukan Puteri Ameerah AlTaweel juga memperjuangkan hak wanita daripada diskriminasi gender. Beliau berjuang agar kaum wanita di Arab Saudi tidak lagi dijadikan warga kelas dua. Puteri Ameerah mahu menjadi wanita pertama yang memandu di atas jalan raya Arab Saudi.

Puteri Ameerah AlTaweel juga aktif membantu pesakit kanser melalui Tasamy Social Inisiative Center. Organisasi ini merupakan gerakan positf untuk menyalurkan kempen kesedaran dan bimbingan bagaimana melawan kanser.

 

Puteri Ameerah AlTaweel telah menamatkan zaman solonya dengan berkahwin dengan seorang Jutawan Arab Saudi, Khalifa bin Butti al Muhairi. Dikhabarkan suami barunya ini memiliki jumlah kekayaan USD1.5 billion yang menjadikannya di antara lelaki terkaya di dunia. Khalifa bin Butti al Muhairi merupakan pemegang saham terbesar di NMC Healthcare, sebuah syarikat swasta dalam bidang kesihatan terbesar di Arab Saudi yang berdaftar di London. Beliau juga merupakan Pengerusi Di KBBO Group.

Lawatan Raja Salman benar-benar menarik perhatian masyarakat di Malaysia. Bukan hanya kemewahan dari pesawat yang menerbangkan mereka ke sini, tapi juga rombongan yang dibawanya.

 

Di Malaysia, Raja Salman disambut dengan karpet merah, iringan lagu kebangsaan Saudi, 21 tembakan ke udara, jamuan makan malam hingga gelar doktor kehormatan yang akan diberikan. Ramai juga yang mengharapkan kehadiran Putri Ameera yang terkenal dengan kejelitaanya yang mempersona. Dalam masa yang sama rata-rata netizen masih mempersoalkan mengapa Putri Ameerah tidak mengenakan hijab seperti wanita-wanta muslim yang lain.

Ini jawapannya.

Lahir pada 6 November 1983, wanita cantik ini berkahwin dengan Pangeran Al Waleed bin Talal bin Abdulaziz al Saud pada ketika Ameerah berusia 18 tahun.

Mereka menganggap tidak ada apa isu perlu dibangkitkan jika wanita tidak mengenakan hijab.

Pada tahun 2014, Pangeran Al Waleed tidak mewajibkan memakai tudung di Kingdom Holding Company, syarikat miliknya. Syarikat itu dikatakan sebagai salah satu daerah kecil di Arab Saudi di mana wanita bebas tak berhijab.

Namun perkahwinan mereka berakhir dengan perpisahan. Setelah berpisah dengan Pangeran Alwaleed, Ameera bukan lagi sebahagian dari Kerajaan Arab Saudi.

Dalam sebuah temubual bersama media, Ameerah sempat ditanya, adakah penampilannya itu mendorong agar wanita tidak perlu berhijab.

”Saya tidak berkata begitu. Penampilan seseorang tidak boleh disalah ertikan. Jika ada wanita di Arab Saudi yang ingin tampil tidak berhijab mengkin kerana sesuai dengan generasinya. Itu adalah pilihan dan pendirian masing-masing. Generasi tempat kami sekarang sudah tidak sama lagi dengan generasi dulu. Ini adalah generasi yang sekarang,” tegasnya.

Ameerah turut menegaskan bahawa wanita Saudi yang tidak berhijab tidak akan menjadi golongan yang ke belakang atau ketinggalan zaman. Mereka bukanlah masyarakat kelas kedua.

Video

Dan ini pula [FOTO+VIDEO] Paling Mewah Dalam Dunia! Beginilah Suasana Mewah Dalam Pesawat Milik Raja Arab Tersebar Di Media Ketika Lawatan ke Negara Asia..

Malaysia menjadi negara pertama yang dikunjungi Raja Arab Saudi Salman dalam lawatannya ke Asia selama satu bulan. Dalam kunjungan ini menunjukkan pentingnya Asia bagi pertumbuhan ekonomi Arab Saudi yang menurun seiring harga penjualan minyak.

Dalam perjalanan menuju ke Malaysia, Raja Arab Saudi beserta 10 Menterinya ini diterbangkan menggunakan pesawat khas Boeing 747SP. Pesawat ini merupakan pesawat jumbo jet mini yang dimiliki oleh Kerajaan Arab Saudi.

Apabila melihat kabin pesawat sememangnya nampak mewah dan seolah-olah seperti sebuah istana.

Dengan sofa kulit, bilik mandi seperti dalam istana, dan juga kerusi urut sungguh mengagumkan. Pesawat ini setinggi dua tingkat di mana tingkat pertama diisi dengan sofa urut, ruang tamu, serta bilik tidur.

Sementara di lantai kedua disediakan tempat duduk penumpang kelas eksekutif dengan kerusi sofa yang selesa dan luas.

Kesimpulannya pesawat yang digunakan oleh Raja Arab Saudi serta rombongan ini ibarata hotel terbang, mewah sangat! Mungkin perjalanan dengan jarak jauh selama puluhan jam sekalipun tidak akan terasa ketika menaiki pesawat ala rumah mewah ini.

 

Sumber: RotiPisang via soyalemon via hangat