“Penduduk Mahu Cari Sendiri Acap”- Menteri Dedah Kenapa Operasi Pencarian Di Tangguhkan.

Semasa

Perbincangan akan dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memberhentikan sementara operasi mencari dan menyelamat (SAR), Mohammad Ashraf Hassan,29. Pemberhentian sementara itu berikutan permintaan penduduk setempat yang mahu operasi itu dihentikan beberapa hari bagi membolehkan mereka melakukan ikhtiar untuk mencari Mohammad Ashraf. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, JBPM akan berbincang dengan polis hari ini bagi menentukan masa sesuai untuk menghentikan sementara operasi itu.

Perbincangan dengan penduduk

“ Penduduk ada membuat permintaan untuk operasi dihentikan sementara, dua atau tiga hari bagi mereka melakukan usaha mencari pula. Hari ini kita akan berbincang mengenai perkara itu dan ia akan diumumkan esok.

“ Pada prinsipnya kita bersetuju untuk penangguhan namun bila dan berapa hari akan diputuskan kemudian di dalam perbincangan yang akan diadakan hari ini,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke pusat operasi bomba di Kampung Pintu Padang, Gopeng, hari ini.

Pada lawatan itu, Zuraida turut menemui ahli keluarga Mohammad Ashraf atau lebih mesra dengan panggilan Acap iaitu ibunya, Siti Maznah Khamis,58; bapa tirinya, Sukar Rashid,57 dan adik beradiknya yang lain bagi memberikan semangat.

Sudah tiba masa beri peluang kepada yang lebih arif ( orang kampung)

Menurutnya, apa yang difahamkan terdapat kes membabitkan orang hilang sebelum ini berjaya ditemui hasil pencarian penduduk kampung dan sudah tiba masanya memberikan peluang kepada mereka yang lebih arif terhadap selok belok kawasan berkenaan.

Menurutnya, setakat ini masih belum ada cadangan untuk memberhentikan terus operasi itu dan operasi masih diteruskan namun agensi yang terbabit dengan SAR perlu memikirkan cara lain yang boleh digunakan bagi menjejak Acap.

“ Mungkin kita akan tengok bagaimana perkembangannya, mungkin ada rezeki Allah, kita akan dipertemukan dengan Acap.

“ Saya berharap keadaan Acap selamat, insyaAllah dan kita terus berdoa memastikan tidak ada apa-apa terjadi pada Acap dan minta keluarga bersabar, keluarga faham ini ujian Allah,” katanya

Penduduk mahu cari sendiri Acap

Penduduk kampung di Gopeng, Perak meminta agar polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang membuat operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mencari Mohd Ashraf Hassan atau Acap menangguhkan operasi tersebut buat sementara waktu.

Penduduk kampung membuat permintaan itu kerana mahu menjalankan operasi mereka sendiri untuk mencari peserta ultra maraton itu yang hilang.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, penduduk kampung berharap agar mereka dibenarkan melakukan pencarian mereka sendiri.

Pernah ada kes sebelum, penduduk berjaya cari guna cara mereka

” Kita diberitahu kes yang sama pernah berlaku sebelum ini. Penduduk kampung berjaya mencari orang yang hilang, menggunakan cara mereka,” katanya kepada pemberita semasa mengadakan pusat operasi SAR Kampung Pintu Padang di Gopeng, pada Selasa.

Zuraida berkata, beliau bersetuju dengan permintaan penduduk kampung. ” Perbincangan antara polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat akan diadakan untuk menentukan bila dan berapa lama kita patut menangguhkan operasi,” katanya. Mohd Ashraf Hassan hilang semasa menyertai maraton Gopeng Ultra Trail pada 23 Mac lalu.

Operasi SAR kini memasuki hari ke-25. Zuraida memberitahu, satu keputusan berhubung perkara tersebut akan dibuat pada Rabu.

” Kita semua berharap Acap dapat ditemui selamat,” katanya.

Sumber : mstar & hmetro via rimbabara