Pengadil Hentikan Perlawanan Seketika , Beri Peluang Pemain Untuk Berbuka Puasa.

Santai Semasa

Berpuasa bukan alasan untuk seseorang pemain bola sepak itu tidak boleh bermain untuk pasukan. Begitu jugalah yang terjadi dalam aksi terakhir Ligue 1 antara pasukan Nice dan Monaco.

Dalam perlawanan ini, pengadil perlawanan, Ruddy Buquet telah menghentikan permainan untuk seketika walaupun baru bermula 6 minit bagi memberi laluan kepada salah seorang pemain mereka yang sedang berpuasa.

video pengadil hentikan perlawanan sebab nak beri peluang pemain buka puasa

Youcef Attal yang mewakili pasukan Nice, dilihat bergegas ke tepi padang dan terus meneguk air mineral dan kembali semula kedalam padang secepat mungkin.

Pengadil perlawanan Ruddy Buquet sangat memahami dengan pemain beragama Islam di Perancis kerana negara itu mempunyai ramai penduduk beragama Islam. Tindakan Ruddy ini dipuji ramai pengulas bola sepak.

video pengadil hentikan perlawanan sebab nak beri peluang pemain buka puasa

Lebih menarik, Nice menang 2-0 keatas Monaco dan salah satu jaringan turut dibantu oleh Attal yang membuat hantaran lintang dan ditampan masuk ke jaring sendiri oleh Bidiashile.

sumber : era.je