“Penganjur & Penaja Konsert 4nomena telah pun menggugurkan SS “- Kerana Kontroversi Bumi Datar Suhaimi Saad Tidak Dapat Sertai Konsert Amal 4Nomena.

Hiburan

PENYANYI nasyid kontroversi Suhaimi Saad mendedahkan namanya digugurkan daripada konsert 4nomena yang bakal berlangsung pada 20 April depan.

Suhaimi menerusi Facebooknya berkata, penganjur membuat keputusan itu disebabkan beberapa kontroversi yang ditimbulkan kebelakangan ini.

KENYATAAN RASMI :
KONSERT 4NOMENA 20 April,UIAM Gombak.

SUKACITA dimaklumkan

Disebabkan kontroversi kontroversi yang melanda ss kebelakangan ini,
Pihak penganjur dan penaja konsert 4nomena telah pun menggugurkan ss daripada senarai nama artis yang akan membuat persembahan dalam konsert tersebut pada malam 20 April depan.

Alhamdu lillah

ss percaya ada hikmahnya dan ss percaya bahawa Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.
In sya Allah.

Semoga konsert tersebut akan berlangsung dengan meriah dan jayanya walau tanpa kehadiran ss.

Rezeki setiap kita telah pun Allah tentukan.
Sabar dan redha adalah kemenangan sebenar.
HasbiyAllah

La ilaha illAllah.

“Disebabkan kontroversi kontroversi yang melanda saya kebelakangan ini, Pihak penganjur dan penaja konsert 4nomena telah pun menggugurkan saya daripada senarai nama artis yang akan membuat persembahan dalam konsert tersebut pada malam 20 April depan,” ujarnya.

Konsert itu dibarisi kumpulan Unic, Inteam, Hijaz, Mastica, Hafiz Hamidun, Fitri Haris dan Fadzil Aziz.

Suhaimi Saad dedah digugurkan daripada konsert '4nomena'

Sementara itu, Suhaimi percaya perkara tersebut mempunyai hikmah dan akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Dia juga berharap konsert itu bakal berlangsung dengan baik biarpun tanpa kehadirannya.

“Semoga konsert tersebut akan berlangsung dengan meriah dan jayanya walau tanpa kehadiran saya.

“Rezeki setiap kita telah pun Allah tentukan sabar dan reda adalah kemenangan sebenar. HasbiyAllah,” tulisnya.

Sebelum ini, Suhaimi mencetuskan beberapa kontroversi iaitu tidak menghantar anak ke sekolah, tidak mengambil vaksin, dan percaya bumi berbentuk rata.

Pendapat suami kepada Ina Naim itu mendapat perhatian dan reaksi beberapa pakar perubatan dan angkasawan negara.

Kredit mstar online

KENYATAAN RASMI INTEAM BERKENAAN BEKAS ANGGOTANYA SAUDARA SUHAIMI SAAD

 

 

 

 

 
 
 
View this post on Instagram
 

 

 

 

 

 

 
 

 

 
 

 

 

 

 

 

KENYATAAN RASMI INTEAM BERKENAAN BEKAS ANGGOTANYA SAUDARA SUHAIMI SAAD Berikutan beberapa kenyataan-kenyataan sensasi yang dikeluarkan oleh saudara Suhaimi Saad yang menjadi tular dan menjadi perbualan hangat di media sosial, pihak kami dari kumpulan Inteam ingin menjelaskan beberapa keterangan dan pendirian kami seperti berikut: 1. Kami telah mengambil masa yang agak lama untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan beliau bagi tujuan menjaga silaturrahim antara kami dan bekas anggota Inteam yang mana kami tiada sebarang masalah dengan beliau. 2. Berdasarkan kepada prinsip kebebasan bersuara dan memberi pandangan, kami menghormati pandangan-pandangan peribadi beliau dan mengambil prinsip “agree to disagree” dengan beberapa isu yang ditimbulkan serta berharap beliau juga menghormati pandangan-pandangan dan fakta majoriti. 3. Kami mengambil langkah mengeluarkan kenyataan ini setelah terbaca komen-komen netizen menyatakan beliau merupakan anggota kumpulan Inteam yang mana fakta sebenarnya ialah beliau merupakan bekas anggota kumpulan Inteam sejak tahun 2005 dan tidak lagi bergerak bersama-sama sebagai ahli kumpulan ini. Kami hanya bertemu kadangkala di dalam beberapa acara yang melibatkan Inteam dan Suhaimi sebagai pengisi program. 4. Kami mendoakan kebaikan buat beliau dan menyeru anda semua mendoakan kebaikan dan kesihatan berpanjangan buat beliau yang dilaporkan mengalami masalah kesihatan. Wallahua’lam, Terima kasih.

 

A post shared by Inteam (@official_inteam) on