“Pengasuh Aafiyah Seorang Jururawat Bertauliah”- Terjawab Sudah Siapa Gadis Cantik Sentiasa Di Sisi Dato Siti.

Hiburan

Cahaya mata sulung penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa di pilih sempena perkataan ‘Aafiyah’ di dalam Bahasa Arab bermaksud “segala yang baik-baik.”

Persoalan selama ini telah terjawab siapakan wanita muda yang dilihat sering mendukung dan menjaga Aafiyah. Rupanya wanita yang bernama Dayah ini adalah pengasuh yang merupakan jururawat bertauliah yang dipilih oleh Dato Siti sendiri. Afiyah memanggilnya dengan gelaran kakak.

Dato K dan Dato Siti mengharapkan pendidikan agama dapat diberikan kepada Aafiyah seiring dengan pendidikan yang lainnya.

Agak menarik perhatian apabila Dato Siti sendiri tidak mahu puterinya menjadi penyanyi namun tidak menolak jika itu yang ditakdirkan.

Apa yang menjadi perhatian ramai selepas majlis berlangsung satu video yang dimuatnaik oleh blogger hiburan terkenal iaitu Budiey mula viral di media sosial.

Video yang dimuatnaik di Youtube dengan tajuk “Pengasuh Siti Aafiyah Tunjuk Bakat Boleh Menyanyi” mula mendapat perhatian ramai dengan jumlah tontonan lebih setegah juta.

 

sumber : Budiey / jombaca