Penjaga Tol Lari Lintang Pukang Apabila Melihat Kereta Bergerak Sendiri Tanpa Pemandu, Rupanya Ini Yang Berlaku

Lawak & Seram

Berlari tak cukup tanah penjaga tol ini apabila dia melihat kelibat seorang wanita yang disangkanya h4ntu.

Lelaki penjaga tol berpakaian serba hitam ini pada mulanya tidak menyedari kereta yang melalui pagarnya tidak berpemandu. Tanpa menoleh, dia menghulurkan tangannya dari pondok tolnya untuk mengutip bayaran.

Selepas beberapa ketika menunggu dan tidak mendapat bayaran, lelaki ini mula keluar daripada pondoknya untuk melihat keadaan sekeliling.

Dia memeriksa kenderaan di hadapannya yang tidak berpemandu. Enjin kereta tersebut hidup dan sterengnya pula bergerak ke kanan dan ke kiri.

Alangkah terkejutnya lelaki tersebut apabila tiba-tiba kelibat seorang wanita berambut panjang muncul dari bahagian belakang kereta berkenaan yang disangkanya h4ntu.

Pemuda penjaga tol itu jatuh terperanjat sebelum dia bangun semula dan berlari lintang-pukang meninggalkan kereta tersebut dan pondok tolnya.

Wanita yang muncul dari bahagian belakang kereta itu tadi kemudiannya bergegas cuba mengangkat palang tol menggunakan tangannya sendiri sebelum masuk ke pondok tol untuk membukanya.

Rupa-rupanya kereta yang dipandu wanita ini boleh dikemudikan menggunakan alat kawalan jauh

Tonton video di bawah:

 

Sumber: lnews