Penuh Adat Majlis Resepsi Perkahwinan Tasha Shila & Pasangan

Pelakon Tasha Shilla, selamat bergelar isteri kepada ahli kewangan, Muhammad Atiq Idris 33, dengan sekali lafaz pada pagi Jumaat 28 Februari di Masjid Wilayah Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi tadi kira-kira jam 9.59 pagi.

Pasangan sama cantik sama padan ini telah  dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali disaksikan Imam Besar Masjid Wilayah, Ehsan Mohd Hosni.

Siapa sangka perkenalan selama dua bulan semenjak Disember lalu telah membawa mereka ke ikatan yang sah. Pasangan ini sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada 23 Februari lepas.

Tempoh perkenalan selama 2 bulan itu juga telah mendapat sokongan baik dari kedua belah pihak keluarga.

Atiq menyerahkan mas kahwin RM800 dan sebentuk cincin, namun jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Tasha dan pasangan kelihatan serba putih dengan hasil rekaan pereka terkenal, Hatta Dolmat pada akad nikah di sebelah pagi manakala pada sebelah resepsi pasangan ini memilih untuk mengenakan busana tradisional melayu klasik rekaan Zaimi Zulkafli.

Manakala, majlis resepsi belah pihak lelaki yang berlangsung di The Great Hall bertemakan Melayu Tradisional sungguh meriah. Tahniah Tasha Shilla dan suami!

 

View this post on Instagram

 

Debaran Cinta TASHA SHILA LIVE UPDATE 🎥 #TashaXAtiq RECEPTION ✨28 Feb 2020✨ Official Photographer : @project2pi Official Videographer : @cstproduction @croxfilms Official Media : @mahligaicintatv3 @nonatv3 Coordinator/Decorator : @reminderred.weddings Bride attire : @zaimizulkafli Makeup : @najeebazami Hairstylist : @ckayliow Groomstyling : @aqmal.adly Henna : @nanahennadesign Venue/Catering: @zebrasquarekl Pelamin & Deco : @reminderred.weddings Emcee : @mizzi_ifwat @fizasabjahan Instant Photobooth : @photoboothjom Wedding Cake : @maznimahadzir Hand bouquet : @finazcouture Digital Card : @nikahsatu Silat : Selendang Putih Tarian : @senadatari Goodies Bag : @loccitanemy Doorgift : @dhuha_gift_card Candle : @kensapothecary @diptyque

A post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla) on

Penuh adat

 


Jelita persis puteri

Majlis persandingan pasangan mempelai ini telah diserikan lagi dengan persembahan silat dan tari tradisional. Turut sama kelihatan kehadiran rakan artis bagi memeriahkan acara pada malam penuh bermakna buat pasangan ini.

Terdahulu pada Ahad lalu, Tasha ketika ditemui pada majlis tunang turut bersyukur dan akui jodohnya sudah sampai meski dalam tempoh perkenalan yang singkat.

“Meski perkenalan kami boleh dikatakan singkat, tetapi saya bersyukur kerana sudah sampai jodohnya, terbuka hati.

“Rasa tenang dan bila bertemu dengan Atiq, saya dapat rasakan hadirnya cinta sejati apabila bertemu dengannya.

“Terima kasih juga kepada semua yang hadir dan majlis berjalan lancar seperti yang diharap-harapkan.

“Semoga segalanya akan dipermudahkan selepas ini, insyaAllah,” katanya.

 

Bagi anda yang ingin menonton video romantis sekitar majlis pernikahan pasangan ini boleh layari Youtube TV3MALAYSIA channel atau di www.mahligaicinta.my dan ikuti media sosial rasmi

Instagram @mahligaicintaTV3.

sumber : ohbulan

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf