Diberi nama PERMAI, Ini antara 22 Initiatif di bawah PERMAI diumumkan Perdana Menteri

Putrajaya, 18 Jan – Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerusi satu sidang media khas memperkenalkan satu lagi pakej bantuan bernilai RM 15 Bilion oleh kerajaan iaitu Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) demi membantu rakyat dan ekonomi.

Menurut beliau, pakej bantuan terbaru ini akan menambah baik inisiatif yang berterusan serta mempercepatkan inisiatif yang berkaitan.

“Sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI yang berteraskan tiga matlamat utama.

“Matlamat itu ialah memerangi wabak Covid-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan,” katanya secara langsung di sebuah platform media sebenar tadi.

Pemberian one-off insentif petugas barisan hadapan

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemberian insentif secara one-off kepada petugas barisan hadapan COVID-19 akan bermula suku pertama tahun ini.

Image

“Seperti telah diumumkan dalam belanjawan 2021, pemberian one off sebanyak RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan dan RM300 kepada petugas barisan hadapan yang lain akan mula dibayar dalam suku tahun pertama tahun ini,” katanya.

“Manakala bayaran bulanan sedia ada sebanyak RM600 oleh petugas kesihatan dan 200 oleh petugas barisan hadapan lain akan tetap diteruskan hingga wabak COVID-19 ini berakhir.”

PTPTN: Mereka Terjejas Boleh Mohon Moratorium Bayaran Balik Selama Tiga Bulan Sehingga 31 Mac

Selain itu, menerusi sidang media sebentar tadi Perdana Menteri mengumumkan bahawa peminjam PTPTN boleh memohon moratorium bayaran balik pinjam PTPTN selama tiga bulan.

Menurutnya, permohonan untuk penangguhan pembayaran itu boleh dibuat sehingga 31 Mac 2021 ini.


Bayaran Fasa Terakhir BPN 2.0 Akan Di percepatkan Iaitu Mulai 21 Jan

Bayaran fasa akhir Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 akan dipercepatkan, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media hari ini.

Katanya, pembayaran kepada sejumlah 11.1 juta penerima itu akan dipercepatkan mulai 21 Januari ini melibatkan bayaran sebanyak RM2.38 bilion, katanya.

Image

“Bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), bayaran fasa pertama akan melibatkan lebih daripada 8 juta penerima. Golongan isi rumah berpendapatan sehingga RM5,00 sebulan akan menerima RM300 dan bagi kategori bujang berpendapatan sehingga RM2,000 sebulan pula akan menerima RM150,” katanya.

KWSP Akan Buat Pembayaran Pendahuluan Sehingga RM1,000 Bagi Permohonan Kemudahan i-Sinar Kategori 2

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat pembayaran pendahuluan bermula 26 Januari ini, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media hari ini.

Katanya, pendahuluan itu bagi menambahbaik kemudahan i-Sinar terutama bagi mereka yang menghadapi cabaran akibat PKP dan bencana banjir yang melanda negara pada masa ini.

“Kerajaan telah dimaklumkan bahawa KWSP akan membuat bayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan i-Sinar kategori 2,” katanya.

Ujar beliau, proses akan dipermudahkan di mana ahli hanya perlu mengisytiharkan secara kendiri bahawa mereka mempunyai kriteria ditetapkan dan hantar permohonan dalam talian.

Setakat 13 Jan, lebih 3 juta permohonan telah diluluskan dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan tahun ini. Maklumat lanjut akan diumumkan KWSP dalam masa terdekat.

Rebat Elektrik Kepada Semua Pengguna TNB, Pada Kadar 2 Sen Setiap kWh, Bagi Tempoh 6 Bulan

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassi memaklumkan rebat elektrik kepada semua pengguna TNB bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Januari hingga 30 Januari 2021.

Menurut ciapan bernama, rebat elektrik tersebut pada kadar 2 sen setiap kWh.

Moratorium Dan Pengurangan Ansuran Pinjaman Diteruskan

Menerusi sidang media sebentar tadi juga, Perdana Menteri memaklumkan bahawa bantuan moratorium dan pengurangan bayaran balik pinjaman akan terus disediakan.

Menurutnya, moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank-bank, seperti yang diumumkan sebelum ini.

Bagi negeri-negeri yang dilanda banjir, 15 buah bank dilaporkan telah menawarkan moratorium bayaran balik pinjaman.

Antara insiatif-initiatif lain adalah :

  • Pemberian sekaligus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 kepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini
  • Kerajaan tambah lebih 3,500 petugas kesihatan yang akan bertugas hujung Januari, dengan peruntukan tambahan RM150 juta
  • Moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank- bank, seperti yang diumumkan sebelum ini.

Image

  • Setakat 13 Januari, lebih 3 juta permohonan telah diluluskan dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan pada tahun ini
  • JKM akan laksana Program Bakul Makanan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak
  • Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021

Image

  • Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Jan
  • Pemberian percuma data 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga April
  • Peminjam PTPTN yang terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan sehingga 31 Mac
  • Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baik, semua majikan yang beroperasi semasa PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektor

Image

  • Bantuan sekaligus RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing

Image

  • KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 ringgit bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2,terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat PKP serta bencana banjir
  • Program Subsidi Upah 3.0 melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion dijangka dapat memanfaatkan 250 ribu majikan yang menggaji lebih daripada 2.6 juta pekerja
  • Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan skim-skim mikro credit dan kempen e-dagang
  • Untuk tempoh satu bulan, majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang dari RM4,000, had pekerja 500
  • Kerajaan benarkan syarikat milik asing yang beroperasi di Malaysia untuk mendapat jaminan SJPD dengan syarat jumlah pekerja tempatan mereka adalah sekurang- kurangnya 75 peratus
  • Kerajaan sedia peruntukan awal RM200 juta bantu ringankan beban rakyat terjejas akibat banjir

Image

  • RM50 juta disalur kepada NADMA bagi perbelanjaan operasi bencana semasa tempoh Monsun Timur Laut

Image

 

Sumber: Bernama, Siakap Keli, Buzzkini

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf