Pernah Di Katakan Punca Keretakan Rumah Tangga, Nina Iskandar Akhirnya Selamat Bernikah April Lalu.

Hiburan

Nina selamat bergelar isteri kepada Lan Lebah pada April lalu.

SELEPAS empat bulan diijab kabul pelakon Nina Iskandar dan suami penolong pengarah Azlan Adzanan atau dikenali sebagai Lan Lebah melangsungkan majlis resepsi pada Ahad.

Menurut kenyataan pihak pengurusannya MIG Metrowealth, pasangan itu berkahwin pada April lalu dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri kedua-dua pihak keluarga.

“Jadual penggambaran yang padat sehingga menyebabkan majlis resepsi ini diadakan pada bulan ini,” ujarnya wakil pengurusan.

Majlis tersebut berlangsung di Forest Valley Hall, Cheras yang dihadiri keluarga dan rakan-rakan artis seperti Amyra Rosli, Ayda Jebat dan Sissy Iman.

Nina Bersama paangannya, Azlan Adzanan.

Terdahulu, pelakon ini berkongsi beberapa keping foto kad undangan perkahwinan yang telah diagihkan kepada kenalan rapat di laman Instagram miliknya pada pagi Ahad.

Nina dikatakan mengenali lelaki berkenaan ketika terlibat dalam penggambaran drama Setelah Cinta Itu Pergi yang diarahkan oleh Heykal Hanifah.

Image result for lan lebah dan nina

Pada Mac lalu, aktres berasal dari Brunei itu mencetuskan kontroversi apabila didakwa menjadi punca keruntuhan rumah tangga pengarah berkenaan.

Susulan itu, Nina mengadakan sebuah sidang media khas menafikan perkara berkenaan dan turut mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa pihak yang menyebarkan fitnah tersebut.

Lan sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang pramugari dan bercerai pada Februari lalu setelah sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

sumber : mstar online

Pada March lalu Nina Iskandar membuat sidang media bagi membuat tuntutan permohonan maaf pihak yang menuduhnya menjadi perosak rumah tangga..

Jika dia sudah meminta maaf dan insaf dengan kesilapannya sebelum ini, saya sedia mempertimbangkan permohonan maaf itu.

“Namun, saya perlu mendapatkan nasihat peguam sebelum mengambil langkah seterusnya untuk memastikan isu yang tercetus selesai dengan baik,” kata pelakon, Nina Iskandar.

Pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi itu berkata, dia baru mendapat tahu mengenai permohonan maaf yang dibuat jurusolek, Elle Rahman menerusi peguamnya, pagi tadi.

“Saya baru tahu mengenai perkara itu daripada peguam, namun akan terlebih dulu mendapat pandangan mereka sebelum membuat tindakan susulan,” katanya.

Terdahulu, Elle menerusi laman sosial, Instagram memohon maaf kepada pelakon kelahiran Brunei Darussalam itu apabila mengaitkan Nina sebagai punca keruntuhan rumah tangga seorang penolong pengarah.

Elle juga kesal dengan tindakannya memuat naik status berunsur fitnah di Facebook yang ditujukan kepada Nina sebelum ini.

“Dengan rendah diri, saya meminta maaf kepada Nina Iskandar atas apa yang berlaku. Saya janji tidak akan ulangi. Saya harap Nina akan maafkan saya.

“Terima kasih juga kepada peguam Nina, Mohd Irwan Mohd Mubarak. Saya juga meminta maaf kepada penolong pengarah itu dan mereka yang terbabit. Kejadian ini amat saya kesali dan tidak akan diulangi,” tulisnya dalam satu hantaran.

Isu itu mula diperkatakan selepas satu portal hiburan menyiarkan kenyataan daripada satu sumber mengatakan Nina menjadi punca perceraian antara seorang penolong pengarah dengan bekas isterinya.

Nina, bagaimanapun, menolak dakwaan itu dan memberitahu dia serta pengarah terbabit hanya berkawan atas dasar profesional.

Sabtu lalu, Nina mengadakan sidang media memaklumkan mengenai beberapa surat notis tuntutan permohonan maaf yang sudah dihantar kepada tiga pihak membabitkan isu fitnah terhadapnya.

sumber : Berita Harian