20 kenderaan tersadai lepas isi petrol bercampur air, dikhuatiri…

Jertih: Seorang pengusaha stesen minyak di Kampung Tok Dor, di sini memohon maaf kepada pemilik kenderaan yang rosak selepas bekalan petrol di stesen itu didapati bercampur air.

Difahamkan insiden itu turut tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi serta persepsi berbeza daripada netizen.

20 kenderaan tersadai 20-50 meter dari stesen minyak

Pengusahanya, Mohamad Rozaki Awang Teh berkata, kejadian yang berlaku antara jam 7 sehingga 8.30 pagi itu disedari selepas beberapa kereta yang selesai mengisi minyak di stesen minyak itu tersadai beberapa meter dari kawasan itu.

Dianggarkan hampir 20 kenderaan tersadai selepas mengisi minyak di stesen minyaknya pada pukul 7 pagi.

 “Saya mengesyaki sesuatu tidak kena selepas banyak kereta bersadai di tepi jalan kira-kira 20 hingga 50 meter dari premisnya.”

“Selepas diperiksa, didapati RON 95 dari lapan nozel di empat pam minyak didapati bercampur air selepas tangki bekalan dimasuki air akibat hujan lebat sejak awal pagi semalam.

“Ia kali pertama kejadian ini berlaku sejak stesen minyak ini dibuka pada 2016,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Tutup perniagaan sehari

Rozaki berkata, dia mengambil keputusan menutup operasi perniagaan selama satu hari bagi mengelakkan lebih ramai yang terkesan.

“Kami juga menanggung kerugian 20 pemilik kenderaan yang terjejas dengan memperuntukkan antara RM700 hingga RM800 untuk menunda kenderaan itu ke bengkel.

“Kejadian ini bukan disengajakan atau mahu menganiayai pelanggan kerana kami amat mengutamakan kepentingan pelanggan,” katanya.

 

Beliau berkata, mereka juga turut mengarahkan pihak kontraktor memeriksa semula pvnca kejadian dan menyedut air dari dalam tangki minyak terbabit.

“Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut datang untuk melakukan sias4tan.

“Namun jika hasil sias4tan kelak mendapati terdapat unsur perbuatan kh1anat dari mana-mana pihak kami akan membuat laporan polis,” katanya sambil memaklumkan stesen minyak itu akan beroperasi semula esok.

 

Sumber: HMetro

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf