
Bila cakap je pasal diet, macam-macam jenis makanan yang tak boleh diambil. Makanan yang berminyak, berlemak dan sebagainya.
Ye lah, nak turun berat badan kan, kenalah pantang.
Kalau tak berpantang, rasa-rasanya ada tak cara lain untuk turunkan berat badan?
Hanya dengan mengawal kuantiti makanan yang diambil, menjaga waktu makan dan membuat senaman cardio sendiri. Sekurang-kurangnya, ada jugalah effort yang diberikan untuk diri sendiri.
Bukannya terus mengalah.
Seperti seorang gadis di laman Twitter yang berkongsi caranya tersendiri untuk diet. Namun, menurutnya, tips yang diberikan sebenarnya kurang sihat untuk diikuti namun dia berjaya turunkan berat badan.
Jika anda inginkan tips menurunkan berat badan dengan cara sihat, perkongsian yang diberikan ini adalah sama sekali tidak sesuai untuk anda ya.
Namun begitu, gadis ini masih berjaya melakukannya setelah ‘menderita’ dengan berat badan sendiri. Kini dia mencapai berat badan ideal iaitu 50-51kg dari 63kg.
Menarik juga bila baca tips ini. Mana tidaknya, hampir semua makanan dibedal tapi masih boleh maintain. Powerlah!
Baca perkongsian penuh di bawah:
Dia mengambil masa selama 4 hingga 5 bulan untuk mendapatkan berat badan yang diingini. Tanpa makan nasi ya.
Kuat betul semangat!
Tahun lepas berat aku 63kg, memang gemok gila aku rasa. 4 5 bulan jugak aku nak turunkan berat aku. Aku malu babe badan aku gemok, so aku nekad gila babi nak diet. Now berat aku 50-51kg aku harap maintain jela weh, tak larat lah nak diet😭 seksa gilaaaa!!! pic.twitter.com/SDc7STr8OR
— 🥀 (@__keyshaa) March 10, 2019
weh. hahaha seram sejuk aku tengok tweet ni pergi😅 Ramai baby girls i mintak tips.
ok lah. i takde tips sangat pon. Masa on diet i tak makan nasi langsung. And cara i diet bukan lah diet yang sihat.
I tak berani nak cakap lebih lebih takut kena kecam sebab diet i tak sihat😅
— 🥀 (@__keyshaa) March 11, 2019
“Diet apa tu…? Makanan berminyak pun dibedal je”
4 ke 5 bulan jugak kot i tak makan nasi, and i makan je apa i nak makan. Pisang goreng yang banyak minyak tu i bedal je. Tapi tak selalu laa makan makanan camtu.
hahaha kalau orang tengok pon, mesti dorang cam ermmm diet apa macam tu. Bende yang berminyak pon makan.
— 🥀 (@__keyshaa) March 11, 2019
Kalau korang nak tahu, sehari 2 kali je i makan masa tu. tengah hari roti ke biskut ke and seangkatan dengannye lah.
Petang i makan mee goreng ke bihun ke haaa apa apa lah yang i nak makan.
TAAAPIII i makan sikit jee time tu. and MALAM I TAK MAKAN –— 🥀 (@__keyshaa) March 11, 2019
Air manis i minum jugak tapi masa lepak kedai makan je. Kalau kat rumah i minum air suam suam gitu.
haha so nak bagitahu lah ni, i ni pemalas sikit. nak kurus tapi malas. malas nak work out. Ada lah sebulan dua je, jogging kat taman and gi gym cardio semata. bazir duit aku🤣
— 🥀 (@__keyshaa) March 11, 2019
So erm tu jelah kot i boleh share.
Kalau korang nak diet yang sihat, korang boleh laa refer kat sape sape yang jagoh bab bab ni.
Kalau ikut i hahaha memang tak lahh nak pantang tu pantang ni
— 🥀 (@__keyshaa) March 11, 2019
I harap baby girls i yang nak diet tu, semoga berjaya yee. hahaha yang penting hati kena kental tau tau❤️✨🌹
And doakan i maintain, tak gemok cam dulu😭 seksa laaa gemok ni👉🏻👈🏻
Oh ya berat i sekarang 50-51 tak lari.
and tinggi i 158cm.okayy byee muahh😘❤️🌹😍✨
— 🥀 (@__keyshaa) March 11, 2019
Akhirnya 51 kg
sumber : twitter keyshaa / SAYS