PKP hingga 4 Februari, tidak akan disambung – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan dilanjutkan selepas empat minggu dilaksanakan kerana ia memberi kesan kepada ekonomi.

Sebaliknya, beliau berkata, usaha membendung pandemik C0vid-19 akan diteruskan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama tiga bulan untuk menurunkan kes kepada dua angka.

DR Hisham Abdullah

Bercakap dalam sesi taklimat media mengenai Darurt C0vid-19 secara dalam talian, Dr Noor Hisham yakin sekiranya langkah tersebut dapat dilaksanakan dengan berkesan, jumlah kes yang tinggi sekarang ini akan dapat diturunkan.

Menurut beliau, pelaksanaan PKP mulai 13 Januari lalu sehingga 4 Februari bertujuan untuk menstabilkan jumlah kes pos1tif C0vid-19 yang semakin meruncing kini.

“Jadi kalau kita laksanakan PKP empat minggu sampai Februari, disusul dengan PKPB kita jalankan selama tiga bulan, dijangkakan pada Mei depn kita akan dapat turunkan kes sehingga dua digit.

“Jadi kita jangkakan empat minggu PKP. Kita tidak akan panjangkan PKP kerana ia memberi kesan kepada ekonomi,” katanya.

Semua negeri kecuali Sarawak kini sedang menjalani PKP 2.0 hingga 4 Februari ini.

Pelaksanaan PKP bermula Mac tahun lalu berjaya melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19 susulan larangan rentas negeri. - NSTP/ OSMAN ADNAN

PKP hanya sampai 4 feb

Beliau juga menambah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, kecuali Sarawak yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini, tidak akan dilanjutkan.

Sehubungan itu, katanya, PKP yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini akan disambung dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“PKP pada asalnya dijadual untuk dilaksanakan dalam tempoh dua minggu (sejak 13 Januari lalu) dan kesan pendekatan ini memerlukan masa.

“Justeru, kita lanjutkan sehingga Februari, tetapi kita tak nak panjangkan PKP kerana beri kesan terhadap ekonomi. Kita kena seimbangkan kepentingan ekonomi dan kesihatan.

“Kalau kita laksanakan PKP selama empat minggu, sampai awal Februari, ia kemudian disusuli PKPB bagi tempoh tiga bulan akan datang.

“Menerusi pendekatan ini, dijangka pada Mei, kita akan dapat turunkan kes (kadar jangk1tan harian) kembali ke dua angka,” katanya pada sesi taklimat bersama media yang diadakan secara dalam talian, hari ini.

Jangka kes Covid-19 catat dua digit Mei ini

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan kes jangk1tan dalam negara akan berkurangan kepada dua angka pada Mei ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya yakin tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 sejak 13 januari lalu sebelum dilanjutkan kepada Februari mampu melandaikan kes.

“Kita jangkakan empat minggu (tempoh PKP) saja tak mahu panjangkan PKP jika tidak ekonomi terkesan jadi kita perlu seimbangkan kesihatan dan ekonomi,” katanya selepas sesi taklimat media darurat C0vid-19 menerusi aplikasi Zoom hari ini.

Katanya, pendekatan seterusnya ialah mengadakan PKP-Bersyarat (PKPB) sehingga beberapa bulan.

“Mungkin tiga bulan. Kita jangkakan Mei akan dapat turunkan kes hingga dua digit,” katanya.

Dalam perkembangan lain Noor Hisham berkata, kerjasama antara hospital swasta berjaya meningkatkan fasiliti mer4wat pesak1t Covid-19 membabitkan 1,286 katil, 65 katil unit r4watan rapi (ICU) serta 54 alat bantuan pernafasan.

“Setakat ini, kita berjaya mengenal pasti 130 hospital swasta yang mempunyai kemampuan perubatan untuk mer4wat pesak1t C0vid-19.

“Daripada jumlah itu 95 daripadanya menawarkan 1,286 katil, 65 katil di ICU serta 54 alat bantuan pernafasan dan kita masih lagi menunggu enam lagi hospital.

“Ini satu perkembangan baik kerana kita baru saja libat urus dengan mereka pada 23 Januari lalu tetapi sudah menerima respon yang baik,” katanya.

Katanya, pewartaan Ordinan Drurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 yang berkuat kuasa 11 Januari lalu membolehkan KKM meningkatkan lagi kerjasama bersama pihak swasta untuk memenuhi keperluan mer4wat pesak1t C0vid-19.

“Apa yang penting kita ada pakar dan petugas untuk mer4wat pesak1t. Kita gunakan Ordinan Drurat di mana petugas hospital boleh beralih kepada hospital lain tidak kira antara swasta atau awam.

“Malah, KKM juga boleh meminjamkan ubat kepada hospital swasta dulu untuk mer4wat pesak1t C0vid-19 kerana mereka tiada ubatan khas mer4wat C0vid-19 sebelum ini.

“Jadi inilah antara kerjasama dan libat urus KKM bersama pihak swasta dan kita harap akan dapat memantapkan lagi kerjasama ini,” katanya.

 

Sumber: MalaysiaGazette, BH Online, Harian Metro

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf