TERKINI: Pergerakan Rentas Negeri Dan Daerah TIDAK Dibenarkan Seluruh Negara Bermula 13 Januari

Putrajaya, 11 Jan – Kerajaan hari ini telah kembali memutuskan untuk melaksanakan kembali Per1ntah K4walan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bermula jam 12.01 malam Rabu ini, hingga 26 Januari, 2021.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya hari ini berkata, ianya perlu dilakukan memandangkan pada ketika ini, fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah tidak mampu untuk menampung peningkatan sehingga 2,000 kes baharu setiap hari.

“The situation today is indeed very alarming. Our healthcare system is under tremendous pressure now than at any other time since the start of the pandemic. As I have said before, unprecedented situations call for unprecedented measures,” katanya lagi.

PKP 2.0 Di Enam Negeri Zon Merah Mulai Rabu, Aktiviti Sosial Kembali Dil4rang Kecuali di Perlis & Sarawak

Ia susulan peningkatan C0VID-19 kepada angka empat digit, kerajaan memutuskan untuk mel4rang aktiviti rentas negeri di seluruh negara. Malah, pergerakan rentas daerah juga adalah dil4rang sama sekali bagi negeri yang dikenakan PKP yang bermula 13 Januari sehingga 26 Januari akan datang.

Image

“Pergerakan rentas negeri adalah tidak dibenarkan di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga tidak dibenarkan.”

“Susulan l4rangan pergerakan merentas negeri dan daerah ini, operasi sekatan jalan raya (SJR) akan mula berkuatkuasa pada jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021. Bagi negeri yang dilaksanakan PKP, pergerakan anda adalah terhad di dalam 10 kilometer radius sahaja” jelas beliau lagi.

PKP Di Pulau Pinang, Selangor, KL, Putrajaya, Labuan, Melaka, Johor Dan Sabah Dari 13 Jan Hingga 26 Jan

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui sidang media sebentar tadi telah mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi tempoh 14 hari bemula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.

Menurut beliau, PKP hanya akan membabitkan enam negeri sahaja iaitu  Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

PKP Bersyarat pula akan dikenakan ke atas enam lagi negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

PKP Pemulihan pula akan dikenakan ke atas 2lagi negeri iaitu Perlis dan Sarawak.

Aktiviti Sosial Libatkan Perkumpulan Ramai Termasuk Kenduri Kahwin, Perarakan Keagamaan Termasuk Thaipusam Tidak Dibenarkan

Image

Selaras dengan pelaksanaan tersebut segala aktiviti sosial membabitkan perkumpulan dan kehadiran orang ramai dalam satu tempat yang sama seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan tidak dibenarkan sama sekali.

L4rangan ini berkuatkuasa kepada semua negeri yang dikenakan PKP dan PKPB namun dikecualikan kepada Perlis dan Sarawak  yang masih didalam PKPP.

Menurutnya, keputusan tersebut dibuat bagi mengurangkan risiko jangkitan dan memutuskan rantaian COVID-19.

Antara aktiviti sosial yang tidak dibenarkan adalah kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan.

Bagi negeri yang dibawah perlaksanaan PKP Pemulihan pula, aktiviti sosial adalah dibenarkan namun perlu tertakluk pada SOP yang ketat.

Kedai Makan Dan Penjaja Di Kawasan PKPB, PKPP Dibenarkan Beroperasi Seperti Biasa

Image

Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media sebentar tadi menyatakan bahawa kedai makan dan gerai penjaja di kawasan yang dilaksanakan PKPB dan PKPP dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Pun begitu, bagi kedai makan dan gerai penjaja di kawasan yang dilaksanakan PKP, kerajaan memutuskan untuk membenarkan beroperasi hanya untuk perkhidmatan take away sahaja.

 

Sumber: KKM Malaysia, Bernama

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.