PKPB: Pejabat Agama Daerah Klang ‘Jammed’, Lebih 100 Pasangan Nik4h Dalam Masa Sehari

Semua sedia maklum, mulai 9 Oktober 2020, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dilaksanakan di Mukim Klang. Segala aktiviti harian adalah dihadkan bagi mengawal wab4k C0vid-19 dari terus merebak di kawasan tersebut susulan beberapa kes yang meningkat di daerah itu.

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila Pejabat Agama Klang dipenuhi ramai pasangan yang ingin menik4h sebelum PKPB dilaksanakan tengah malam semalam.

118 pasangan menik4h

 

Menerusi perkongsian Sheikh Ameer, Pejabat Agama Daerah Klang dipenuhi ramai pasangan sejak dari pagi hingga ke tengah malam. Di ruangan komen, seorang lelaki memaklumkan pejabat agama berkenaan menerima kunjungan pengantin sehingga 118 pasangan dalam masa sehari. Ini merupakan rekod terbanyak dalam sejarah.

Image may contain: one or more people and people sitting

Arahan pejabat agama

Menurut jurufoto tersebut, Pejabat Agama Daerah Klang mengarahkan pasangan yang sudah daftar nik4h pada bulan Oktober melangsungkan pernik4han sebelum PKPB bermula hari ini.  Walaubagaimanapun, mereka tetap mengikut SOP ditetapkan iaitu hanya membenarkan seramai 5 orang sahaja dalam satu masa.

Pejabat agama pun jem

 

Sumber : Sheikh Ameer Haziq, Ohbulan

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf