PM Baru Umum Semalam PKP Bersyarat , Hari Ini Dah Ramai Keluar Jogging.

Semasa Tauladan

Umum mengetahui, semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Perlaksanaan PKPB itu membenarkan orang ramai melakukan aktiviti sukan dan riadah tetapi perlu mengikut SOP ditetapkan.

Seperti diberitahu, PKPB akan mula dilaksanakan mulai 4 Mei ini. Namun, seawal pagi tadi orang ramai sudah mula melakukan aktiviti riadah seperti keluar jogging di kawasan sekitar kediaman.

 

 

Menerusi perutusan khas Hari Pekerja semalam., Muhyiddin berkata aktiviti-aktiviti sukan yang melibatkan perhimpunan ramai, sentuhan badan dan lain-lain risiko jangkitan masih tidak dibenarkan.

Malah, jogging, kayuhan basikal, golf dan larian dalam kumpulan kecil tidak melebihi 10 orang juga dibenarkan dengan syarat anda mengamalkan penjarakan sosial dan elakkan sentuhan badan.

Perkara itu sekaligus mendapat pelbagai reaksi daripada yang meluahkan rasa kesal apabila ramai yang tidak mematuhi arahan kerana PKPB akan mula dilaksanakan Isnin depan tetapi ramai yang sudah keluar sesuka hati.

Malah, ramai yang bimbang dengan perlaksanaan PKPB itu akan menyebabkan wabak COVID-19 semakin menular. Kata netizen lagi, tiada guna orang ramai duduk di rumah lebih sebulan tetapi akhirnya ini yang terjadi.

Apa pun diharap rakyat Malaysia mematuhi segala arahan kerajaan kerana buat masa sekarang kita masih lagi dalam usaha untuk memutuskan rantaian Covid-19.

SUMBER: Harian Metro