Pok Su Mie, OKU Tanpa Tangan Gigih Usahakan Ternakan Ikan Keli Untuk Tanggung Isteri & Tiga Anak

MACHANG : — Meskipun dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan, Rahim Yusoff, tidak mahu terus berpeluk tubuh mengenangkan nasib dirinya, malah berusaha mencari rezeki halal bagi menyara keluarganya.

Rahim, 54, yang lebih mesra dikenali sebagai Pok Su Mie berkata beliau beralih angin untuk mengusahakan ternakan ikan keli selepas pendapatannya sebagai tukang jahit merosot susulan penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Pendapatan tukang jahit mer0sot musim PKP, Pok Su Mie beralih ternak ikan keli

Istimewanya Pok Su Mie... tak ada tangan nak menjahit, guna jari kaki pun boleh! - Semasa | mStar

“Sejak penularan COVID-19 pada Mac lepas, pendapatan saya sebagai tukang jahit sangat merosot sehingga untuk mendapatkan sekitar RM100 sebulan hasil menjahit pun amat memeritkan berbanding sebelum ini, saya mampu memperoleh sekitar RM20 sehari.

“Disebabkan itu, saya terpaksa mencari alternatif lain dengan menternak ikan keli bagi menampung isteri Noraidah Hamzah, 46 yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal serta tiga anak berusia antara lapan hingga 17 tahun,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Pangkal Gong di sini, baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Pok Su Mie berkata idea untuk menternak ikan air tawar berkenaan timbul apabila beliau melihat gelung simen yang terbiar di kawasan sekitar rumahnya.

“Sebanyak 14 gelung simen yang berada di kawasan sekitar rumah saya ini digunakan bagi menahan pasir sebagai benteng, namun ia seakan-akan terbiar begitu sahaja.

“Bagi memanfaatkanya, pada awal September lepas saya membeli sebanyak 300 benih ikan keli berharga 20 sen setiap satu dan 100 benih ikan tilapia berharga 5 sen yang dibeli daripada Jabatan Perikanan Kuala Krai yang menelan modal permulaan sekitar RM300 termasuk kelengkapan untuk menternak ikan,” katanya.

BERNAMA - Pok Su Mie, OKU tanpa tangan gigih usahakan ternakan ikan keli

Mulanya gagal, ikuti kursus aquaponik dan makin bersemangat

Bagaimanapun, usaha penternakan ikan air tawar beliau itu berdepan masalah sehingga menyebabkan ikan-ikan ternakannya mati.

Belajar daripada keg4galan itu, Rahim mengikuti kursus aquaponik yang dijalankan Persatuan Pertanian Kelantan (Alami) secara percuma yang disediakan buat golongan OKU untuk mengusahakan penternakan ikan.

“Saya menternak ikan tanpa mengetahui selok-belok penternakan sehingga menyebabkan kira-kira sekitar 250 ikan keli dan ikan tilapia yang dipelihara mati, namun ia tidak mematahkan semangat saya.

“Malah, saya juga mendapati penjagaan ikan tilapia agak rumit dan sensitif berbanding ternakan ikan keli memandangkan ia memerlukan air yang sentiasa bersih, jadi bagi mengelak daripada terpaksa menanggung kerugian, saya mengambil keputusan tidak lagi menternak ikan tilapia,” katanya.

Rentetan itu, beliau menyediakan peruntukkan sebanyak RM80 untuk membeli pelet makanan ikan keli untuk stok sehingga tiga bulan bagi 300 ekor ikan yang diternaknya, selain perlu mencuci air ternakan ikan, setiap dua hari.

Pok Su Mie berkata, selepas melihat potensi ternakan ikan keli yang mampu memberi pulangan yang memberangsangkan, beliau menambah sebanyak 700 benih ikan keli pada pertengahan November lepas.

“Hasil ternakan ikan keli peringkat pertama saya mampu menjual hampir 200 ekor ikan keli iaitu sekitar 15 kilogram kepada penduduk sekitar pada RM7 sekilogram.

“Melihat kepada pasaran jualan ia sekali gus memberikan semangat kepada saya untuk mengembangkan ternakan ikan keli ini dan saya merancang menternak ikan patin dalam tempoh terdekat,” katanya yang turut menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM450 dan isterinya RM350.

Seorang pembeli, Zulkifli Abdul Rahman, 52 berkata beliau sering mendapatkan bekalan ikan keli daripada Pok Su Mie untuk dimasak dengan pelbagai menu.

“Saya sering mendapatkan bekalan ikan dari Pok Su Mie untuk membantu beliau sedikit sebanyak dapat menampung keluarganya. Malah, ikan air ternakannya juga kurang bau hanyir berbanding ikan ternakan air tawar yang dibeli dikedai,” katanya.

Istimewanya Pok Su Mie… tak ada tangan nak menjahit, guna jari kaki pun boleh!

Istimewanya Pok Su Mie... tak ada tangan nak menjahit, guna jari kaki pun boleh! - Semasa | mStar

Pada 2018, Pok Su Mie pernah tular di media sosial apabila aksi cekap beliau memasukkan benang ke dalam lvbang jarvm menggunakan jari-jari kaki, suatu kemahiran yang dilakukannya sejak lebih 30 tahun lepas.

Bukan sahaja menjahit, dia yang hanya mempunyai dua jari di bahu kanan, turut menggunakan kedua-dua belah kakinya untuk melakukan rutin harian seperti menjawab telefon dan memandu kereta.

Sukar dibayangkan apabila seseorang tukang jahit memasukkan benang ke dalam lvbang jarvm yang begitu halus menggunakan jari-jari kaki, tetapi tugas itu bukanlah sukar bagi Rahim Yusof, seorang tukang jahit istimewa yang dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan, di Pulai Chondong, Machang, Kelantan.

Meskipun kelihatan pel1k di mata orang lain namun bagi yang biasa melihatnya, perkara itu sudah menjadi lumrah dan semua pelanggan Pok Su Mie tahu mengenainya.

“Semua urusan mem0tong kain dan menjahit saya lakukan menggunakan kaki dan setakat ini semua pelanggan nampaknya berpuas hati.

“Sebenarnya kemahiran menjahit ini saya pelajari di Pusat Pemulihan Orang Kelainan Upaya, Cheras, Kuala Lumpur 30 tahun lalu dan sehingga kini kemahiran itulah saya gunakan untuk menyara keluarga,” katanya yang mempunyai seorang isteri, Noraishah Hamzah, 44, dan tiga orang anak yang masih bersekolah.

Rahim berkata untuk men4nggung keluarga, dia sebelum ini mengusahakan ternakan itik telur namun kesemuanya mvsnah selepas dilanda banj1r besar pada 2014.

“Dahulu saya mempunyai beribu-ribu ekor itik dan dipelihara berdekatan rumah namun banyak yang m4ti dan h1lang selepas banj1r.

“Saya kini merncang untuk membina kembali perusahaan itu dengan bantuan pelbagai pihak. Sekiranya ada rezeki saya juga berminat untuk memelihara haiwan lain seperti lembu atau kambing,” katanya.

Istimewanya Pok Su Mie... tak ada tangan nak menjahit, guna jari kaki pun boleh! - Semasa | mStar

Mengulas memgenai kerjaya sebagai tukang jahit, Rahim berkata dia mengambil tempahan baju Melayu, pakaian wanita serta menjahit seluar jeans.

“Saya mampu menghasilkan sepasang baju Melayu atau kemeja dalam masa sehari dengan upah RM90 selain menjahit jubah wanita dan membaiki seluar jeans dengan harga serendah RM5.

“Menerusi kerja ini, saya memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM15 hingga RM20 sehari dan dengan pendapatan itulah saya menyara keluarga,” katanya yang turut mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM400 sebulan.

Rahim berkata walaupun dia dan isteri tergolong sebagai Orang Kelainan Upaya namun mereka bersyukur kerana kesemua anak dilahirkan normal.

Jelasnya, Noraishah yang dij0dohkan dengannya oleh keluarga, hanya mampu menges0t akibat menghidap demam panas ketika kecil dan tidak boleh melakukan kerja berat.

“Saya bersyukur kerana masih mampu berdikari dan tidak menyusahkan orang ramai. Dengan kudrat yang ada inilah saya akan berusaha menyara keluarga apatah lagi anak-anak yang berusia antara lima hingga 14 tahun masih belum boleh berdikari,” katanya yang turut aktif dalam sepaktakraw dan bola sepak sebagai aktiviti harian.

 

Sumber: BERNAMA, Siakap Keli, mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.