‌‌W4rga Emas Yang Belum Dpt Tarikh Temu Janji Atau Belum Daftar Di MySejahtera, Boleh “Walk-in” Ke Mana-mana PPV Di Lembah Klang Untuk Dapatkan V4ksin Bermula Esok- KJ

Warga emas yang belum menerima temu janji vaks1n atau belum mendaftar dalam aplikasi MySejahtera dibenarkan untuk ‘walk-in’ ke mana-mana PPV di Lembah Klang untuk divaks1nasi bermula esok (17 Julai 2021).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin memaklumkan berkenaan berita baik itu menerusi Sidang Media Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 yang dilakukan sebentar tadi.

Sementara itu, beliau memaklumkan bahawa semua populasi dewasa di Lembah Klang akan menerima dos pertama vaks1n menjelang 1 Ogos 2021 ini.

Khairy Jamaluddin dalam sidang media maya mengumumkan perkara tersebut.

“Untuk makluman jumlah populasi dewasa di Kuala Lumpur dan Selangor adalah 6.1 juta dimana sehingga 15 Julai, seramai 3.5 juta telah selesai dos pertama.

“Kami menjangkakan seramai 1.3 juta orang akan menerima dos pertama daripada sekarang hingga 25 Julai.

Manakala baki populasi dewasa yang akan menerima dos pertama adalah antara 26 Julai sehingga 1 Ogos adalah seramai 1.3 juta.” Ujarnya.

11 Peratus Populasi Berumur 18 Tahun Ke Atas Di KL & Selangor Masih Belum Mendaftar Vaks1n- KJ

DALAM pada itu, sebanyak 11% populasi yang berumur 18 tahun ke atas di Lembah Klang dilapor masih belum mendaftar untuk divaks1nasi setakat ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, menyeru kepada semua individu dewasa yang berumur 18 tahun ke atas di negeri Selangor dan Kuala Lumpur untuk segera mendaftar bagi memastikan operasi lonjakan kapasiti mampu dijayakan.

Menurutnya, usaha memperhebat vaks1nasi di Selangor dan Kuala Lumpur itu adalah bagi menurunkan kadar kebolehjangkitan seperti yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Sehingga kini Wilayah Persekutuan Labuan berjaya memvaks1nasi 85.3% populasi dewasa dan kadar kebolehjangk1tan sehingga semalam adalah kedua terendah dalam negara di atas Perlis iaitu sebanyak 0.84 dengan kes terbaru yang direkodkan semalam juga adalah 26 kes sahaja.

“Untuk itu kita harap model dan hasil yang sama kita akan dapat capai di Kuala Lumpur dan Selangor melalui Operation Surge Capacity ini,” ujarnya.

TERKINI: Ini Senarai Penuh Kawasan-kawasan Dikenakan PKPD 18 Hingga 31 Julai, Beberapa Kawasan Di Selangor Antara Terlibat

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Ismail Sabri dalam satu kenyataan media sebentar tadi memaklumkan keputusan kerajaan untuk mengenakan Per1ntah K4walan Pergerakkan Diperketat (PKPD) di beberapa kawasan.

Menurut kenyataan media berkenaan, PKPD berkenaan akan dikuatkuasakan bermula 18 Julai sehingga 31 ini.

Berikut adalah senarai-senarai penuh kawasan yang dikenakan PKPD:

Pelaksanaan PKPD di PPR Taman Ehsan Kudat Sabah

Pelaksanaan PKPD di Taman Chengal Temerloh Pahang

Pelaksanaan PKPD di 3 Lokaliti di Bahagian Kuching Sarawak

Pelaksanaan PKPD di Kampung Pinolobuh Bukid, Kota Belud Sabah

Pelaksanaan PKPD di Damai Apartment, PJS 8, Mukim Damansara Daerah PJ Selangor

Pelaksanaan PKPD di Jalan Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi, Mukim Klang, Selangor

Pelaksanaan PKPD di Jalan Pandan Indah, Mukim Ampang Daerah Hulu Langat, Selangor

Pelaksanaan PKPD di Taman Samudera, Mukim Batu Daerah Gombak, Selangor

Pelaksanaan PKPD di Ladang Sawit KLK Lungmanis, & Perumahan Kilang, Mukim Silabukan, Lahad Datu Sabah

Pelaksanaan PKPD di 13 Lokaliti dalam Daerah Kuantan Pahang

Selain itu, dalam kenyataan media yang sama juga, beliau turut memaklumkan bahawa PKPD yang dilaksanakan di 34 mukim di Selangor sebelum ini dit4matkan berkuatkvasa hari ini.

Sumber: MKN, MOSTI, Awani Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.