M4ngsa Pertama Ker4cunan Puding Buih Meninggal Dunia Selepas 10 Hari Bertarung Ny4wa

Semasa Tempatan

KUALA TERENGGANU- WANITA yang menjadi mangsa ker4cunan puding buih meningg4l dunia selepas 10 hari bertarung ny4wa di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hari ini.

Mangsa wanita berusia 25 tahun dari Marang meningg4l dunia selepas menerima rawatan selama 10 hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Kemat1an merupakan kes pertama

Sebelum ini mangsa dimasukkan di wad HSNZ pada 24 Mei lalu sebelum dipindahkan di ICU dan disahkan meningg4l dunia disebabkan kegagalan multiorgan akibat kejutan sepsis.

Difahamkan mangsa bersama beberapa ahli keluarganya turut dirawat di HSNZ kerana mengalami keracvnan makanan selepas menikmati puding buih itu.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak berkata, kemat1an itu merupakan kes pertama yang meningg4l dunia akibat keracvnan puding buih.

Menurutnya, siasatan terperinci telah dijalankan termasuk tindakan telah dikenakan ke atas peniaga terbabit.

“Kerajaan negeri bersimpati dengan tr4gedi yang menimpa keluarga mangsa dan kita berharap agar mereka tabah dan sabar.

“Kita ingatkan kepada orang ramai terutama peniaga dan pengendali makanan agar lebih berhati-hati kerana ia melibatkan keselamatan dan boleh mengancam ny4wa.

Kerajaan rangka SOP

Mangsa Keracunan Puding Buih Meninggal Dunia : KHALIFAH MEDIA NETWORKS

“Kerajaan juga telah merangka prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada peniaga yang menjual makanan dari rumah supaya lebih menitikberatkan aspek kebersihan kerana ia membabitkan ny4wa.

“Walaupun ia merupakan kes yang berisiko kepada sesiapa sahaja ia juga boleh mengakibatkan kehilangan ny4wa,” katanya.

Dalam perkembangan sama, katanya, mangsa lain yang juga dirawat akibat keracvnan puding buih telah beransur pulih dan dibenarkan pulang ke rumah secara berperingkat.

Terdahulu, seramai 99 mangsa dikejarkan ke HSNZ apabila mengalami muntah dan cirit-birit selepas menikmati puding buih yang dibeli secara dalam talian.

Jumlah itu membabitkan 20 keluarga berlainan, 77 pesakit dari Kuala Terengganu manakala 22 lagi dari daerah Marang.

Salam takziah

Telur luput dalam puding buih punca 99 individu keracvnan

Puding buih' food poisoning case due to use of expired eggs, says ... Puding buih yang dibeli mangsa yang mengalami keracvnan makanan.

TERDAHULU, dilaporkan penggunaan telur yang telah luput dipercayai menjadi punca 99 individu mengalami keracvnan makanan selepas makan puding buih yang dibeli secara dalam talian pada 22 Mei lalu.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak berkata, hasil ujian makmal mendapati penggunaan telur yang lebih dua minggu menjadi punca utama kes keracvnan makanan itu.

“Kita memandang serius kes membabitkan keracvnan makanan kerana ia membabitkan keselamatan awam.

“Tindakan telah diambil di mana premis terbabit tidak dibenarkan beroperasi selama dua minggu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Alias berkata, semua mangsa kes keracvnan puding buih berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

“Kita bersyukur kerana kes ini tidak membabitkan kehilangan ny4wa dan kesemua mangsa keracvnan makanan yang dirawat telah menunjukkan perkembangan positif dan ada yang telah dibenarkan pulang ke rumah,” katanya.

Dalam pada itu, Alias berkata, kerajaan negeri akan menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) kepada semua peniaga yang menjalankan perniagaan dari rumah atau secara atas talian.

Katanya, ia disebabkan kebanyakan mereka tidak mempunyai lesen perniagaan selain tidak melakukan suntikan vaksin penyediaan makanan.

“Kita akan kuatkuasakan prosedur sepatutnya diikuti kepada semua peniaga makanan terutama yang berniaga secara atas talian bagi memastikan kebersihan dan keselamatan makanan yang dijual,” katanya.

Terdahulu, seramai 99 mangsa dikejarkan ke HSNZ apabila mengalami muntah dan cirit-birit selepas memakan puding buih yang dibeli secara dalam talian.

 

Sumber: Sinar Harian, Wan Emilia