Ramai Hubungi Mengaku Saksi, Termasuk Lelaki Berbaju Biru, Namun Beri Banyak Alasan.. – Ayah Mertua

Santai Semasa

KUALA LUMPUR: Polis memanggil dua adik ipar mangsa yang m4ut susulan pers3lisihan faham dalam kem4langan di Lebuhraya Utara Selatan, Kajang, kelmarin, untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, hari ini.

Bapa mentua m4ngsa, Mohd Rozhan Ramlee, 57, berkata kedua anaknya, Azraei Arief, 22 dan Zafri Amir, 19, keluar dari kediaman keluarga di Bukit Mahkota Bangi untuk ke IPD berkenaan, kira-kira jam 10.30 pagi ini bagi membantu siasatan kes kem4langan berkenaan.

“Zafri antara ahli keluarga yang terawal tiba di kawasan kem4langan berkenaan dan membawa Allahyarham (Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29) ke klinik kesihatan berhampiran sebelum dibawa ke Nilai Medical Centre kerana klinik berkenaan tutup.

“Azraei yang turut ada bersama beri CPR (bantuan pernafasan kecemasan) kepada menantu ketika dalam perjalanan ke Nilai Medical Centre.

“Selepas ini, saya harap polis dapat menjalankan siasatan secara menyeluruh tanpa menyebelahi mana-mana pihak,” katanya pada BH, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, dia dan ahli keluarga lain menerima banyak panggilan dan mesej daripada individu mengakui sebagai saksi kejadian termasuk lelaki berbaju biru yang dikatakan berada di lokasi kem4langan ketika berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek.

“Bagaimanapun, banyak alasan diberikan termasuk mahu jumpa saya dahulu apabila meminta mereka untuk tampil membuat laporan polis.

“Bagi saya kalau mahu bantu amat dialu-alukan namun jangan ambil kesempatan terhadap ins iden ini,” katanya.

Semalam, m4ngsa yang dilaporkan m4ut akibat pers3lisihan faham dalam kema langan kecil di lebuhraya berkenaan, didapati memu kul kereta suspek menggunakan kayu besbol sebelum dila nggar.

Ketua Jabatan Siasatan Jen ayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, dilaporkan berkata, ma ngsa bertindak demikian selepas tidak berpuas hati dengan suspek berusia 40 tahun itu.

Katanya, sebelum mengeluarkan kayu besbol dari keretanya, ma ngsa serta suspek yang sudah berg4duh berpunca daripada kema langan kecil, ditenteramkan orang ramai sebelum kedua-duanya masuk ke kereta masing-masing.

“Namun, si m4ti yang masih tidak berpuas hati mengeluarkan kayu besbol dari keretanya dan memvkul bahagian hadapan kereta suspek.

“Svspek yang ada dalam kereta ketika itu terus memandu dalam keadaan tergesa-gesa hingga terl4nggar suspek.

“Akibat daripada itu, ma ngsa tersepit antara kereta suspek dan penghadang jalan,” katanya

 

Sumber: bharian