Ramai Puji Respon Cik B Yang ‘Win’ Habis Setelah Ibunya Di Hamun Azwan Ali

Hiburan

Azwan Ali atau nama mesranya, Diva AA telah memuat naik satu video yang penuh dengan makian kepada DS Vida disebabkan salah faham yang berlaku.

Bukan itu sahaja, Azwan Ali juga memaki hamun tanpa tapis seperti dia sudah lama berdendam dengan DS Vida. Lebih teruk, Azwan Ali menyentuh isu anak DS Vida yang sudah meninggal dan perkahwinan beliau yang gagal sebagai satu bahan jenaka.

Anak dua dah mampus, rentung terbakar pun kau tak insaf-insaf lagi. Padanlah asal kau kahwin je kau bercerai, asal kau kahwin je kau bercerai,” sindirnya.

Rentetan isu tersebut, DS Vida telah memuat naik satu video balas dan menyatakan perasaan sedihnya di atas apa yang berlaku. DS Vida juga kecewa dengan Azwan Ali yang menyentuh isu peribadi seperti perkahwinan beliau yang gagal serta seolah-olah menjadikan kematian anaknya sebagai bahan jenaka.

Turut tidak terlepas, anak perempuan DS Vida iaitu Cik B juga telah memuat naik satu video balas kepada isu yang melanda ibunya itu.

Ramai menjangkakan Cik B akan marah atau memaki semula Azwan Ali yang telah melukakan hati DS Vida, sebaliknya Cik B hanya memuat naik video tarian di TikTok.Video TikTok berdurasi 15 saat itu menunjukkan Cik B menari secara rawak dan apa yang menarik perhatian warganet adalah muzik latar video tersebut.

Cik B menggunakan audio makian Azwan Ali sebagai muzik latar belakang untuk videonya.Melihatkan video ini, ramai memuji tindakan Cik B yang matang dan tidak mengeruhkan keadaan, malah Cik B cuba untuk menghiburkan warganet meskipun dengan apa yang terjadi.

Selepas dikaji, Azwan Ali sebenarnya kecewa dengan DS Vida kerana tidak dapat pembayaran seperti yang dimahukan.Tidak lama selepas itu, DS Vida membuat video balas dengan menyatakan perasaan kecewanya kepada Azwan Ali. Semoga kemelut di antara mereka berdua berjaya diselesaikan dengan segera.

sumber : cari