Remaja luah sedih pemergian Abam melalui tulisan “beribu nama Abam untuk hasilkan potret ini”

Hiburan

Setiap orang pasti ada cara tersendiri untuk ‘move on’ dari rasa kes3dihan selepas kehil4ngan orang tersayang.

Ada yang menyibukkan diri dengan tugas dan kerjaya, dan ada juga yang selesa menenangkan diri dengan bercuti.

Namun, berbeza dengan remaja ini yang meminati dan mengagumi Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan.

Tulis nama beribu kali

Abdul Azim yang baru berusia 15 tahun ini meluahkan rasa kes3dihannya dengan melukis potret 4llahyarham Abam dengan cara yang sangat unik.

Azim membuat lakaran pada sehelai kertas dengan menulis nama Abam beribu kali sehingga membentuk potret wajah 4llahyarham Abam.

Bakal menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada tahun ini, Azim memberitahu dia amat terkejut dengan berita pem3rgian Abam.

Menurut laporan mStar, Azim terus melukis potret tersebut setelah mendapat tahu tentang pem3rgian Abam pada pagi Isnin.

“Saya lukis potret tu selepas menerima berita mengenai Abam Bocey m3ninggal dunla pagi Isnin tu, memang terkejut bila dapat tahu.”

Malah menurutnya, dia sudah melukis banyak potret sebelum ini tetapi ini adalah kali pertama menggunakan teknik perkataan.

“Saya dah lukis banyak potret tapi inilah potret pertama yang saya lakar menggunakan teknik perkataan,”

Ambil masa 2 jam

Azim berkata dia menghabiskan masa kira-kira dua jam untuk menyiapkan potret tersebut. Menurutnya lagi, bahagian muka adalah paling sukar terutamanya pada rambut kerana perlu membuat shading (bayang).

“Bahagian muka tu yang paling sukar terutama pada rambut kerana lebih banyak lakaran hitam perlu dibuat seperti shading.”

Tambahnya lagi, dianggarkan seribu perkataan Abam ditulis bagi menyiapkan potret 4llahyarham itu.

“Semakin banyak lakaran hitam, lebih banyak perkataan tu yang ditulis. Dianggarkan kira-kira 1,000 perkataan nama Abam dilakarkan membentuk potret arwah,”

Mahu serah potret pada Fad dan Achey

Azim juga berniat mahu menyerahkan potret tersebut kepada ahli kumpulan Bocey sama ada Fad ataupun Achey.

“Jika diberi peluang, saya berhasrat untuk memberikan potret ini kepada Achey atau Fad, sebagai kenangan terhadap arwah Abam.”

Video Azim lukis potret Allahyarham Abam dengan menulis ‘Abam’ beribu kali

 

View this post on Instagram

 

semoga tenang disana @abam_bocik 😢khas untuk korang semua #kitabaikramaisayang

A post shared by call me azim (@azim._24) on

 

Terdahulu, kita telah dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Abam apabila beliau disahkan telah meninggal dunia awal pagi Isnin.

Jnazah 4llahyarham telah selamat dikebumikan lewat petang Isnin di Tanah Perkvburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

 

SUMBER