“Korang Ada 24 Jam, 10 Minit Pun Tak Boleh Spend Untuk Ngaji.”- Tegas Ajar Staf Mengaji, Cara Rosyam Nor Dipuji Warganet

Aktor serba boleh dan juga usahawan ini sememangnya cukup dikagumi ramai baik dalam lakonan mahupun di luar bidang seni.

Terbaru, pemilik syarikat penerbitan Suhan Movies ini berkongsi sebuah video menerusi akaun YouTube. Dalam Video tersebut menunjukkan Rosyam Nor atau nama sebenar Datuk Mohamed Noor bin Shamsuddin sedang mengajar pekerjanya mengaji iqra.

Apa yang menarik perhatian kami lagi, pekerja yang Rosyam mengajar bukan saja lelaki tapi perempuan juga dan kesemua pekerjanya lebih kurang 20 orang.

Ketegasan jelas terpancar menerusi cara Rosyam Nor mengajar. Nampak gar4ng namun sesekali dia menyelitkan sedikit jenaka. Rosyam atau lebih mesra dengan panggilan Tok Syam bukan saja mengajar mengaji tapi turut memberi nasihat tentang kehidupan dan agama supaya pekerjanya tidak lupa pada Dia Yang Satu.

Sebelum ini, Rosyam pernah berkongsi kisah belajar tentang agama tatkala usianya memasuki 45 tahun. Segala-galanya bermula selepas dia kehilangan ayahnya barulah sedar dia tidak pandai mengaji.

Pelakon dan juga usahawan, Datuk Rosyam Nor memberitahu, selama berpuluh-puluh tahun dia men1ngg4lkan Al-Quran sehinggalah pada usia 45 tahun hatinya terbuka untuk mendekati kitab suci umat Islam itu.

Datuk Rosyam Nor Terkilan Tidak Dapat Mengaji Untuk Arwah Bapanya | Kool FM

Pada usia berkenaan dia mengambil langkah belajar dari mula iaitu ‘iqra’ sehinggalah akhirnya dia pandai mengaji.

“Jauh di sudut hati saya ada satu perkara yang men4kutk4n saya kerana tak pandai baca al-quran. arw4h bapa men1ngg4l dunia di depan mata saya, tetapi saya rasa terh1na sekali kerana tak boleh mengaji.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam)

“Ketika ini saya rasa seorang Rosyam Nor tertunduk m4lu dan sed1h sebab tidak tahu mengaji. Saya terduduk menangis. Saya teringin nak membacakan Al-Quran buat ayah saya. Saya sangat sayangkan ayah dan mak saya.”

Kami orang susah dahulu tinggal bersama dekat estet ladang dan kami tidak pandai.

Tambah Datuk Rosyam lagi, apabila menjadi imam di rumah, anak-anaknya tahu surah apa dia akan baca.

Terlalu lama memasang angan-angan untuk belajar mengaji, akhirnya hidayah buatnya hadir melalui seorang ustaz.

Rosyam Nor not offended by "Kabali" role criticism

“Semasa penggambaran itu, ada seorang insan muncul dan pada awalnya saya anggap beliau hanya seorang peminat biasa. Ketika itu, saya mengaku tidak pandai mengaji dan meminta ustaz tersebut mengajarnya.

‘Saya jemput ustaz datang ajar saya. Hari-hari saya belajar. Umur 45 tahun saya khatam Al-Quran, sewaktu itu 10 hari akhir Ramadhan. Ya Allah indahnya ustaz. Saya usaha setiap tahun untuk khatam Al-Quran. Dulu-dulu kami sekeluarga agak jauh dari agama.”

“Tapi dengan satu syarat, jangan beritahu orang lain, sebab saya m4lu. Ini masalah paling besar bila dah tua.Tapi jangan kita m4lu. Alhamdulilah, saya mula belajar mengaji mula dengan alif, ba, ta,” katanya.

Tambahnya lagi, maknya sempat pergi mengerjakan haji. Boleh mengaji dan keluarga beliau semuanya berhijrah. Paling seb4k kisah isterinya mula bertudung. Anak perempuannya 5 orang semuanya dia menasihati;

“Wahai anak ayah, ayah dulu banyak buat s4lah. Ayah minta anak ayah tolonglah ayah. Tolonglah ayah jadi anak baik.”

Dengan kasih sayang beliau memimpin isteri dan anak-anaknya semua. Subhanallah, katanya rahsia semua ini adalah doa daripada ibu ayah;

“Saya sudah h1lang satu d0a. Kini t1nggal satu lagi d0a daripada ibu saya. Saya beri dia duit sentiasa dan minta beliau sedekah banyak-banyak. Saya usaha sedekah dan niat Allah luaskan kvbur dan hadiahkan syurga Firdaus buat ayah saya.”

Datuk Rosyam Nor yang juga merupakan Ikon Rumah Ngaji mengakui hanya menghafal tiga surah iaitu al-Fatihah, an-Nas dan al-Ikhlas. Walaupun usia sudah lanjut namun Dtauk Rosyam bangga, akhirnya berjaya khatam al-Quran di hadapan Kaabah.

 

Sumber: youtube. Sinar Harian, Ustaz Ebit Lew, Keluarga

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf