“Sad Ending..” Gadis Kongsi Kisah Percintaan Mak & Ayah, Kawin BFF Sendiri Namun Penghujung Cerita Menyedihkan.

Hiburan

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti mempunyai kisah cinta mereka sendiri. Ada yang kenal pasangan mereka menerusi rakan, keluarga mahupun sosial media. Betul tak?

Menerusi Twitter Hani Farisha, gadis itu kongsi kisah cinta ayah dan ibunya yang pada asalnya masing-masing mempunyai pasangan pilihan hati di sekolah. Namun, kuasa Allah mereka telah disatukan. Wow macam dalam drama!

Mereka kawan baik

Menurut gadis tersebut, ibu dan ayahnya berkahwin pada usia 21 tahun. Mereka merupakan kawan baik pada mulanya.

Kenal tapi tak pernah sembang

Sewaktu di sekolah, ramai pelajar lelaki meminati ibunya kerana mempunyai rupa paras yang cantik. Ibunya merupakan pelajar kelas hadapan manakala ayahnya pula kelas belakang. Pada masa itu, mereka sudah mengenali antara satu sama lain, cuma mereka tidak pernah bersembang.

Kenalkan ayah dekat ibu

Pak cik Sudin atau nama panggilannya pak cik begok merupakan individu yang memperkenalkan ayah kepada ibunya. Ayah ketika itu merupakan seorang yang pemalu dan kurang bercakap.

Rupanya ayah dah ada makwe

 

Tak ready lagi

 

Bawa lunch dekat ibu

 

Jadi tunang ayah

Nenek memberitahu ibu bahawa ayah sudah hantar rombongan meminang. Sejak dari itu, atok dan nenek suruh ibu pergi kerja dengan ayah.

Melancong banyak tempat

Ayah dan ibu selamat mendirikan rumahtangga. Mereka sering melancong ke pelbagai tempat menarik bersama. Namun, pada tahun 2017, ibu terlibat dalam kemalangan lalu meninggal dunia. Ibu meninggalkan ayah dan enam orang anaknya buat selama-lamanya.

Sumber: Hani Farisha via ohbulan