“Safety first walaupun family.. “- Prihatin Si Ayah ‘Sembur’ Sanit1zer Dekat Anak Yang Baru Balik Kerja.

Hiburan

Sebelum perintah kawalan pergerakan diumumkan oleh kerajaan pada beberapa hari lepas, rakyat Malaysia masih lagi perlu bekerja seperti biasa. Ramai yang membawa hand sanitizer sendiri untuk mengelakkan jangkitan Cov1di9.

Kali ini admin nak kongsikan satu video seorang ayah yang menyembur sanitizing spray pada anak perempuannya yang dipercayai baru sahaja pulang dari tempat kerja, lapor Sinar Harian.

Comel je pakcik ni nak jaga kesihatan mereka sekeluarga.

Video tersebut telah dikongsi oleh Shaffiq Erwin menerusi Facebook. Menurutnya, kakaknya itu terpaksa bekerja seperti biasa dan tidak bercuti.

Difahamkan bahawa kakaknya merupakan frontliner yang bertugas dalam kes wabak ini. Admin memang salute dengan kakak dia ni!

Shaffiq juga mengatakan bahawa hanya kakaknya yang bekerja buat masa ini dalam kalangan keluarga mereka sebab yang lain semua dikenakan perintah larangan pergerakan.

Ayah mereka siap sanit1ze bekas makanan yang dibawa oleh kakak dia lagi. Ha, macam ni baru betul.

Rata-rata netizen tabik dengan tindakan si ayah yang prihatin ini.

So, kalau korang ada ahli keluarga yang bertugas sebagai frontliner jugak, korang boleh cuba cara ni sebelum dorang masuk rumah.

sumber : lobakmerah / sinar harian