Saifuddin m0hon maaf, janji tiada lesen Finas diperlukan untuk ‘influencer’

Hiburan Tempatan

SELEPAS kontroversi berkaitan kenyataan berkenaan isu lesen Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada 23 Julai lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah pada Ahad tampil membuat permohonan maaf.

Saifuddin berkata sebagai seorang ahli politik dia tidak seharusnya menjawab soalan yang diberikan secara terlalu ringkas dan lurus.

“Sebagai menteri, saya kena minta maaf kerana ketika menjawab soalan itu di Dewan Rakyat pada 23 Julai, saya jawab lurus sangat.

“Rupanya orang politik tidak boleh lurus, bila lurus kena hent4m,” katanya.

Afdlin puji kerajaan pantas tangani polemik Akta 244 Finas

Personaliti YouTube, Alieff Irfan dan pelakon Afdlin Shauki pernah mempersoalkan kewajaran kerajaan memperkenalkan peraturan berkenaan isu ini.

Saifuddin membuat permohonan maaf tersebut di Bengkel Kemahiran YouTube dan Komuniti Sinema 2020 Zon Selatan di Iskandar Malaysia Studios, Johor.

Sebelum ini, kenyataan Saifuddin bahawa penerbit filem termasuk tradisi dan media sosial perlu memohon Lesen Pengeluaran Filem dan Surat Perakuan Penggambaran (SPP) mengundang keresahan ramai khususnya golongan muda.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah (kiri) melawat pameran yang diadakan selepas merasmikan Bengkel Kemahiran Youtube dan Komuniti Sinema 2020 (Zon Selatan) di Iskandar Malaysia Studio (IMS), Iskandar Puteri Johor. FOTO ZAIN AHMED Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah (kiri) melawat pameran yang diadakan selepas merasmikan Bengkel Kemahiran Youtube dan Komuniti Sinema 2020 (Zon Selatan) di Iskandar Malaysia Studio (IMS), Iskandar Puteri Johor. FOTO ZAIN AHMED

Dalam pada itu, Saifuddin turut berkata kebebasan sepenuhnya diberikan kepada penerbit filem media sosial dan tiada tindakan yang akan dikenakan.

“Jangan risau, tidak akan dikenakan apa-apa tindakan. Kebebasan itu dijamin sepenuhnya, ” ujarnya.

Penerbit filem tradisi, media sosial perlu lesen FINAS

TERDAHULU, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata penerbit filem wajib memohon Lesen Pengeluaran Filem dan Surat Perakuan Penggambaran (SPP), sama ada mereka adalah agensi media arus perdana atau media individu (personal media) yang menerbitkan filem di platform media sosial atau saluran tradisi.

Menurutnya lagi, kementerian melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengeluarkan tiga jenis lesen kepada industri perfileman iaitu Lesen Pengeluaran Filem/Video, Lesen Pengedaran Filem/Video dan Lesen Pemameran Filem/Video.

“Merujuk kepada Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981, Seksyen 22 (1), “Tiada seseorang boleh mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti mengeluar, mengedar dan mempamer filem-filem atau mana-mana gabungan aktiviti-aktiviti yang dinyatakan dalam seksyen 21 (1), melainkan jika suatu lesen dikeluarkan yang memberi kuasa kepadanya untuk berbuat demikian,” katanya ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Wong Shu Qi (PH-Kluang) yang bertanya sama ada semua penerbit filem wajib memohon Lesen Pengeluaran Filem dan Surat Perakuan Penggambaran, sama ada mereka adalah agensi media arus perdana atau media individu yang menerbitkan filem di platform media sosial atau saluran tradisi.

Syarat mohon lesen Finas, syarikat Sdn Bhd dengan modal berbayar ...

Saifuddin menjelaskan, FINAS juga menerima, memproses dan mengeluarkan SPP, Sijil Filem Iklan Buatan Malaysia (MIM) serta Surat Sokongan Kemasukan Pekerja Filem Asing (PFA).

“Melalui Syarat (1), Syarat-syarat Tambahan Lesen Pengeluaran Filem di bawah Peraturan-Peraturan 4 Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pelesenan) 1983, pemegang lesen, jika membuat penggambaran filem hendaklah memaklumkan kepada perbadanan tidak lewat dari tujuh hari sebelum membuat penggambaran sesuatu filem melalui borang tertentu yang dikeluarkan perbadanan.

“Dengan penghantaran borang itu, SPP akan dikeluarkan perbadanan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Shu Qi mengenai tafsiran filem di bawah akta yang diperuntukkan dan sama ada ia merangkumi semua filem serta dokumentari termasuk melalui aplikasi TikTok dan IGTV, Saifuddin menjelaskan, tafsiran filem di bawah Seksyen 2, Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Pindaan 2013) menyatakan filem termasuk filem cerita pendek, subjek ringkas, ‘trailer’, dokumentari, filem kecil iklan dan apa-apa rakaman pada apa-apa jenis bahan termasuk pita video dan ceper video berupa arca bergerak, sama ada disertai dengan bunyi atau tidak untuk dilihat oleh orang ramai atau mana-mana golongan ramai.

“Kita memang menggalakkan orang ramai, individu atau organisasi mengeluarkan apa-apa jenis filem seperti yang saya nyatakan, asalkan mengikut undang-undang yang ada.

“Galakan kita adalah telus, sebagai contoh kita ada geran yang disediakan kerajaan seperti dana kandungan digital dan Program Insentif Filem di Malaysia (FIMI), dan semua ini tertakluk kepada peraturan sedia ada,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian, Berita Harian

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.