Image result for sajat tunai umrah

Sajat Telah Di Bawa Keluar Dari Makkah, Pihak Agensi Ceritakan Tindakan Mereka

Hiburan

 

Sajat baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila memuat naik gambar berada di Tanah Suci dengan memakai jubah wanita.Beliau pergi ke Makkah bukan hanya bersama dua lagi rakan transgender, tetapi membawa ibu bapa dan anak angkatnya, berdasarkan foto di media sosial.

Dimaklumkam juga ramai petugas umrah di Makkah membuat laporan pada pihak berkuasa.Mereka kata ini jenayah kepada pengurusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, benda besar kerana lelaki masuk tempat solat wanita.

Image result for sajat airport

Agensi yang membawa ahli perniagaan kontroversi, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau Nur Sajat mengerjakan umrah, mengesahkan ahli perniagaan itu sudah dibawa keluar dari Tanah Suci.

Ia susulan kontroversi usahawan kosmetik itu mengenakan pakaian jemaah wanita ketika di Makkah sehingga tular di media sosial.
Jurucakap Albayt Travel (M) Sdn Bhd berkata, pihaknya terpaksa mengambil tindakan terbabit selepas ia menjadi kontroversi dan mendapat perhatian banyak pihak.

“Kami sudah meminta mutawwif membawa keluar rombongan Nur Sajat seramai 10 orang (termasuk mutawwif) keluar dari Makkah.Mereka dibawa untuk sesi lawatan di sekitar Madinah. Perbincangan lebih banyak menerusi pembantu peribadinya,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Albayt Travel turut meminta Nur Sajat membuat permohonan maaf secara terbuka khususnya kepada umat Islam di tanah air, susulan kekecohan dan kecaman terhadap video yang dimuat naiknya ke media sosial, baru-baru ini.

Setakat ini, Nur Sajat hanya menjawab meminta tunggu sehingga dia kembali ke tanah air,” katanya.

Jurucakap Albayt Travel turut memaklumkan, dakwaan kononnya Nur Sajat ditangkap polis Arab Saudi belum disahkan kedutaan di sana.Petang ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu jantina usahawan berkenaan.

Sebelum ini, Datuk Seri Mujahid Yusof kesal dengan ahli perniagaan, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau dikenali sebagai Sajat, yang berpakaian seperti wanita ketika berada di Tanah suci ketika mengerjakan umrah baru-baru ini.

Mujahid berkata, tindakan Sajat itu menjejaskan imej sebagai seorang lelaki secara biologi dan yang tertera di kad pengenalannya, tetapi berpakaian seperti wanita ketika di Makkah.Katanya, beliau menerima banyak aduan daripada jemaah dan mereka yang menyaksikan perbuatan Sajat itu, berikutan dengan berpakaian wanita, usahawan kosmetik itu bergaul dan berada di ruang solat untuk wanita.

Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan juga mengecamm Sajat kerana memakai pakaian muslimah ketika berada di Tanah Suci.Rahmat berkata “tidak salah” golongan transgender melakukan ibadah di sana, tetapi usahawan bengkung sepatutnya berpakaian mengikut jantina asal.

Sajat dan kawan-kawan pergi umrah tidak salah. Yang salah bila dia langgar perjanjian dan pakai pakaian wanita serta masuk ke kawasan perempuan, bercampur dengan jemaah wanita,” coret Rahmat di Instagram.

“Sebelum ini ramai [golongan transgender] buat umrah, tak jadi masalah kerana mereka berihram dan masuk serta solat bersama lelaki, mereka ikut kaedah dan cara di sini.” Katanya lagi.

sumber: gempak