Sambung PdPR sehingga cuti pertengahan penggal 16 July – Radzi Jidin

Sesi persekolahan yang akan bermula pada 13 Jun dan 14 Jun depan akan dilaksanakan dengan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Md Jidin, berkata ketetapan itu adalah turut terpakai untuk sekolah swasta, antarabangsa dan ekspatriat yang berdaftar dengan Kementerian.

Menurutnya, sesi PdPR akan berlangsung untuk tempoh 25 hari sebelum cuti pertengahan penggal bermula 16 Julai dan 17 Julai.

Mengulas lanjut, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akan disambung lagi untuk tempoh 25 hari apabila sesi persekolahan dibuka semula pada 13 Jun bagi kumpulan A dan Kumpulan B pada 14 Jun ini.

Kumpulan A ialah Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala Kumpulan B melibatkan negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak.

“Ketetapan itu melibatkan semua sekolah termasuk sekolah swasta, antarabangsa, ekspatariat yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan,” katanya semasa sidang media pada Ahad.

Sesi Persekolahan 2021: Tarikh Dan Perkara Penting Yang Ibu Bapa Dan Pelajar Wajib Tahu

Takwin Persekolahan bagi tahun 2021 telahpun dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sebentar tadi menerusi Sidang Media Khas Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin.

Menerusi sidang media itu, Dr. Radzi Jidin turut menyatakan bahawa SPM 2021 akan dilaksanakan bermula Februari 2022 bagi Ujian Lisan & Amali Sains manakala bermula Mac 2022 bagi peperiksaan bertulis.

Dengan pengumuman ini, sudah pastinya ibu bapa dan pelajar itu sendiri perlu kembali memulakan langkah untuk bersiap sedia menghadapi sesi pembelajaran PdPR dan juga bersedia untuk menghadapi SPM pada tahun 2022.

Berikut disertakan tarikh-tarikh penting yang pelajar dan ibu bapa perlu peka mengenai sesi pembelajaran yang akan bermula 13 dan 14 Jun ini.

SPM 2021

  • Ujian Lisan & Amali Sains: Februari 2022
  • Peperiksaan Bertulis Termasuk SVM Setara: Mac 2022

Takwin Persekolahan KPM 2021

  • Sesi Persekolahan Secara PdPR: Bermula 13 & 14 Jun 2021
  • Cuti Pertengahan Penggal: Bermula 16 & 17 Julai 2021 sehingga 25-26 Julai
  • Tindakan seterusnya akan diumumkan sekurang-kurangnya seminggu sebelum tamat cuti pertengahan penggal.

Inisiatif CERDIK – Projek Rintis Peranti

  • 12,887 unit telah diagihkan libatkan 95 buah sekolah dalam 51 PPD
  • 40,290 agihan dijangka selesai selewat-lewatnya 12 Jun 2021
  • 96,823 unit agihan dijangka selesai pada akhir September 2021

Rayuan Sekolah Khusus: Semakan Keputusan & Pendaftaran

  • Semakan rayuan sekolah khusus boleh dibuat pada 8 Jun
  • Pendaftaran kemasukan ke sekolah khusus boleh dilakukan secara dalam talian dengan kumpulan A pada 13 Jun, Kumpulan B 14 Jun.

Vaks1nasi Guru

  • Sehingga kini, lebih 70,000 guru telah terima sekurang-kurangnya satu d0s vaks1n

SPM 2021 dilaksanakan tahun depan

SEMENTARA ITU, Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Md Jidin berkata, ujian lisan dan amali sains akan dilaksanakan pada Februari 2022 manakala ujian bertulis pada Mac 2022.

SPM 2021 djangka Mac tahun depan - Kosmo Digital

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat keputusan ini mengambil kira keadaan semasa dan c4baran yang perlu dilalui oleh calon SPM 2021,” katanya dalam Sidang Media secara maya pada Ahad.

Perkara itu dimaklumkan oleh beliau menerusi satu sidang media khas yang di adakan pagi ini.

Keputusan SPM diumumkan 10 Jun ini

Semakan Keputusan SPM 2020 Online & SMS (Check Result)

DALAM pada itu, Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 akan diumumkan 10 Jun ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) menjelaskan pengumuman keputusan itu akan dibuat bermula jam 10 pagi, manakala calon sekolah dan persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui beberapa kaedah.

Katanya, ia merangkumi semakan secara dalam talian talian di pautan http://myresult1.moe.gov.my/ atau http://myresult2.moe.gov.my/ untuk mendapatkan keputusan penuh.

“Calon juga boleh buat semakan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM 2020 dengan menaip SPM[jarak]NoKP[jarak]AngkaGiliran dan hantar ke 68886.

“Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai jam 10 pagi pada Khamis depan sehingga jam 6 petang, 17 Jun ini.

“Bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenal pasti calon berkenaan dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Seramai 401,105 calon sekolah yang menduduki SPM 2020, mulai 22 Februari lalu, melakar sejarah tersendiri apabila peperiksaan itu diadakan dalam keadaan norma baharu, berikutan penularan jangkitan COVID-19.

Kumpulan pelajar Tingkatan Lima dilihat mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang, iaitu hampir 14 bulan, namun pembelajaran bersemuka paling singkat, iaitu sekitar empat bulan, ekoran penularan pandemik COVID-19 yang memaksa mereka beralih kepada pembelajaran dalam talian menerusi aplikasi seperti Google Meet, Google Classroom dan Skype.

Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet, KPM berkata, Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenal pasti individu berkenaan dan memaklumkan kaedah sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

“KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik,” katanya.

Foto hiasan - BERNAMAFoto hiasan – BERNAMA

 

Sumber: Sinar Harian, Siakap Keli, BH ONLINE, BERNAMA

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.