Demi Kelas Online, Murid Ini Terpaksa ‘Lepak’ Dalam Ladang Kelapa Sawit

Keluarga Tempatan Viral

Tidak dinafikan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, pelbagai aktiviti terpaksa dihadkan dan antaranya adalah sesi pembelajaran di sekolah.

Namun perkara itu tidak menjadi pengh4lang buat seorang pelajar iaitu Muhammad Amru Umair untuk menuntut ilmu.

Pelajar darjah empat yang mengikuti pengajian di Sekolah Rendah Islam Dar Al Huffaz, Sandakan itu terpaksa ke kawasan ladang kelapa sawit bagi mendapatkan capaian internet yang tinggi kerana tidak mahu terlepas peluang bersuai kenal dengan guru dan rakan-rakan.

Atas bukit ada internet

 

Memetik perkongsian dari Facebook Wide TV, pelajar itu menggunakan aplikasi Google Meet untuk sesi persekolahan pertamanya. Malah, dia juga sanggup ke ladang kelapa sawit untuk mendapatkan capaian internet yang cukup.

Pelajar ini juga berpakaian lengkap uniform sekolah berwarna biru dan memakai songkok putih.

Di atas bukit ni saja la senang dapat line internet sebab di sini tinggi. Tapi terpaksa t4han panas dan banyak nyamuk.

Suai kenal online itu berlangsung selama 45 minit sahaja untuk memperkenalkan guru subjek yang lain. Amru Umair yang ditemani bapanya perlu menunggang motosikal sejauh lebih satu kilometer untuk sampai ke ladang kelapa sawit.

Memang sudah biasa

 

Menurut Amru Umair, walaupun dia sudah terbiasa dengan keadaan kampung yang tidak mempunyai liputan internet, namun dia tetap berharap ada usaha pihak berwajib untuk menyediakan ekses internet berkelajuan tinggi di kawasan tersebut.

Memang sudah biasa naik bukit atau pergi ke mana-mana kawasan tinggi untuk mendapatkan line internet. Tapi tidaklah sampai p4njat pokok.

Cukuplah duduk atas motorsikal sahaja.

 

Sumber: Wide Tv, Ohbulan

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.