“Satu Family Kena Kacau”- Ibu Paksa Ustazah Merangkak, Akhirnya Telah Berdamai

Hiburan

Tular hari ini akibat sakit hati anak di denda, ibu memaksa ustazah untuk merangkak dihadapan anak murid. Akibat tindakan itu mendapat kecaman dan kritikan sehingga ada pihak meminta agar tindakan undang-undang diambil.

Pihak saudara tampil meminta maaf bagi pihak ibu terbabit

Dari FB : AngahFhira

MEREKA SUDAH BERDAMAI..ALHAMDULILLAH

Mungkin kedua2 nya silap sebab bertindak ikot emosi. Saya yg hanya nenek saudara kepada murid pun kena maki hamun pulak sebab tolong jelaskan apa yg berlaku. Kita kena buang yg keruh ambil yg jernih..nak usul periksa boleh tapi jgn sampai menghina..

Tapi yang tak bestnya habis satu family saya kena kacau. Business saya juga turut terkena tempias 😂 saya tengah filter netizen yg memfitnah saya dan keluarga tanpa usul periksa. Kemungkinan akan saman (doakan saya tak kejam)

Image may contain: 1 person

Apa yg berlaku ni kita anggap je lah ujian. Kita jadi parents x semestinya betul, yg jadi guru juga tidak selalu betul.

Yang memaki hamun saya maafkan. Tp kalau masih berlaku, sy akan buat tindakan..kepada blog2 yg seronok untuk raih viewers, muhasabah la diri. Pastikan anda minta izin tuan badan untuk upload di media sosial (sebab bukan parents yg viralkan)

Segala maklumat peribadi saya tidak boleh bagi. Tapi kalau nak maklumat pasal bisnes saya, anytime ☺

Terima kasih,
Assalamualaikum

Info dari Bagan Datoh Komuniti

KES VIDEO VIRAL USTAZAH MERANGKAK YANG BERLAKU DI MADRASAH AD DINIAH ISLAMIAH, PARIT 15, SG PULAU, BAGAN DATUK KINI BERAKHIR DENGAN PERJUMPAAN IBU MURID DAN USTAZAH SEKOLAH TERSEBUT.

PERMOHONAN MAAF TELAH DIBUAT DAN MOHON VIDEO KEJADIAN TERSEBUT TIDAK DIVIRALKAN BAGI KEBAIKAN KEDUA BELAH PIHAK.
SEMOGA KEJADIAN INI MENJADI PENGAJARAN, PEDOMAN SERTA TELADAN KEPADA PIHAK IBUBAPA MURID DAN PIHAK SEKOLAH.
HARAP MAKLUM! 😊

Sumber BDK, Sultan Melaka