“Saya akan ke Kuantan cari Makcik Yah “– Tersentuh hati, Zizan Razak mahu bantu Makcik ‘Doraemon’

Hiburan

Beberapa minggu lalu, tular beberapa keping gambar seorang wanita warga emas yang sanggup mengambil upah memakai kostum kartun Doraemon di pantai peranginan Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang demi menyara hidupnya.

Dikenali dengan nama Makcik Yah, wanita berusia 56 tahun itu mula menjadi perhatian banyak pihak yang berhasrat ingin membantunya bagi meringankan beban ditanggungnya.

Tidak terkecuali, selebriti terkenal, Zizan Razak yang berhasrat mencari wanita tersebut kerana tersentuh hati melihat keadaan Makcik Yah.

Makcik Yah bekerja demi menyara hidup selain mahu membeli makanan untuk kucing-kucing belaannya.

“Insya-Allah, jika ada masa terluang, saya akan ke Kuantan mencari makcik tersebut.

“Kasihan saya lihat makcik tu,” komennya ringkas kepada MHE TV.

Terdahulu, ketika artikel mengenai Makcik Yah diterbitkan, Zizan telah menghubungi pihak MHE TV untuk mendapatkan maklumat lanjut wanita tersebut.

 

Sumber: FB i luv Pahang

Admin doakan semoga urusan makcik di sebalik kostum-kostum ini dipermudahkan. Kalau korang jumpa dengan maskot macam ni, korang support dan berilah derma sekadar termampu. Jangan usik-usik dorang macam mereka ni tak ada harga diri. 

Sumber: MHE TV