“Saya Akan Menjaga Dia..”- Selepas Kecoh Kes Cerai, Rihana Kongsi Video Wawancara Eksklusif Bersama Suami

Hiburan

Selepas membuka akaun Instagramnya sendiri, Rihana Petra atau nama asalnya Oksana Voevodina sering berkongsi coretan mengenai kisah kehidupannya. Bahasa yang digunakan cukup jelas dan mudah difahami oleh pengikutnya.

Jika sebelum ini beliau pernah berkongsi mengenai detik pertemuan dengan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, terbaru Rihana berkongsi sedikit tentang rahsia peribadinya yang belum pernah didedahkan sebelum ini.

Pada tahun 2017, Rihana berpindah ke Kuala Lumpur dan selepas setahun kemudian dia bernikah dengan Sultan Muhammad V  pada bulan Jun 2018.  Dengan mengambil masa selama 5 bulan untuk membuat persiapan, pada 23 November 2018, majlis perkahwinan berlangsung dengan gilang-gemilang berkonsepkan gabungan tradisi Melayu dan Rusia di Dewan Barvikha di Moscow.

Sebenarnya, Rihana berkongsi perihal dirinya kepada pengikutnya bersempena hari kelahiran beliau pada hari ini 10 Julai 2019. Semoga Rihana dan keluarga barunya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezek serta dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin..

“Saya akan menjaga dia..”

 

“Saya mahu menjadi yang terakhir dalam hidupnya sehingga akhir hayat saya…” – Luahan hati Rihana Petra

Antara kata-kata dari  Sultan Muhammad V mengenai hubungan mereka.

“Keutamaan dalam keluarga mestilah anak kita sendiri. Ini kerana merekalah yang bakal meneruskan legasi keluarga ..

2 perkara lain yang penting bagi saya ialah passion dan understanding..”

“Ramai orang kata hubungan ini berkenaan cinta semata-mata. Ya betul, semuanya kerana cinta. Baguslah.  Tetapi, selepas 15 dan 20 tahun, hanya passion dan understanding sahaja yang akan kekal menguasai hubungan…”

 

“Walaupun ada banyak hobi yang tidak kami lakukan bersama, tetapi kami ada banyak persamaan(persefahaman) yang serupa…” ujar Sultan Muhammad V dalam rakaman video yang dipaparkan laman sosial milik Rihana Petra.

 

 

Difahamkan video tersebut antara sedutan wawancara mengenai kisah hubungan mereka berdua. Ramai peminat meninggalkan komen dan menantikan versi penuh untuk mengetahui keseluruhan kisah mereka.

VIDEO PENUH:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on

sumber : Ig Rihana Petra / Tubeviral