“Saya Akui Masih Mencintai Aliff Tetapi Saya Tidak Mahu Fikir, Biar Masa Tentukan” – Bella

Hiburan

Tindakan penyanyi Aliff Aziz yang seakan mahu merujuk semula dengan bekas isterinya, Bella Astillah menimbulkan pelbagai komen dan pendapat dalam kalangan peminat.

Bertemu sendiri dengan Bella, dia memberitahu MHE TV yang buat masa ini dirinya tidak mahu memikirkan soal tersebut, lebih-lebih lagi dalam keadaannya yang kurang sihat ketika ini.

Bella dimasukkan ke H0spital Ampang kerana jangk1tan kum4n sehingga menjejaskan suaranya

“Tidak dinafikan, ramai juga yang berharap kami kembali semula sebagai suami isteri. Sejujurnya Aliff sendiri ada menghubungi saya beberapa kali untuk kami kembali bersatu.

“Iya.. melihat keadaan Aliff sekarang, saya turut berasa sed1h dan simpati. Tambah pula kami pernah hidup bersama, tapi saya tidak boleh terima Aliff hanya kerana bersimpati terhadap apa yang dia lalui sekarang.

“Saya akui masih mencintai Aliff tetapi buat masa ini saya tidak fikir mahu kembali seperti dulu. Biarlah masa menentukan,: kata Bella.

Katanya lagi, dia pernah memberitahu Aliff, sendiri yang percer4ian mereka berdua masih terlalu baru dan belum pernah memikirkan soal untuk kembali rujuk.

“Saya katakan padanya, kalau kuat jodoh, dua atau tiga tahun lagi pun kita pasti akan bersama.

“Saya juga ada nasihatkan dia agar menyayangi dirinya dan memperbaiki kesilapan satu persatu tanpa ada paksaan.

“Biarlah buat masa ini saya fokus untuk mencari rezeki. Hanya itu saya fikirkan sekarang,” katanya yang mengalami b4tuk yang teruk ketika bercuti di Melbourne dan kini mendapatkan raw4tan setelah pulang ke Malaysia.

“Doktor nasihatkan saya agar banyak berehat. Saya sakit sebab j4ngkitan kumn kerana tidak tahan dengan cuaca sejuk di sana. Bukanlah kerana stres atau memikirkan hal percer4ian seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

“Saya sudah melupakan hal yang lalu dan terus maju ke hadapan untuk meneruskan kehidupan,” katanya yang berpisah  dengan Aliff Aziz dengan talak satu pada 16 Mei yang lalu.

 

Sumber: MHE TV