“Saya Asal Despatch , Malam Jual Burger.. Pernah Hidup Dengan RM5 Setiap Hari” – Nabil Ahmad.

Hiburan Semasa

 

Lebih sedekad terlibat dalam seni membuatkan pelawak dan penerbit, Nabil Ahmad mengakui dia cuba sedaya upaya untuk menghargai individu yang berada di sekeliling.

Lebih-lebih lagi terhadap mereka yang sama-sama pernah menjalani kehidupan sukar bersamanya di kampung tidak lama dulu.

Berkongsi kepada MH, pemegang trofi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular 2009 ini menambah, kenangan lama secara tidak langsung membuatkan dirinya mahu berpijak di bumi nyata, jauh sekali mahu menganggap diri sebagai ‘diva’.

f

“Saya asal penghantar surat saja (despatch). Mungkin saya tiada duit sangat pada ketika itu. Saya pernah merasa hidup dengan hanya berbekalkan duit RM5 setiap hari.

“Malamnya saya jual burger dan esoknya saya kembali jadi despatch dengan wang saku sebanyak RM7 atau RM8, hasil untung jual burger semalam.

“Jadi bila Allah murahkan rezeki, saya percaya setiap rezeki yang kita perolehi, bukanlah milik kita 100 peratus. Sebaliknya, ia adalah hak orang lain juga. Kita ni hanyalah perantara untuk salurkan rezeki pada mereka.

“Alhamdulillah, saya masih lagi berkawan dengan rakan sekampung, ‘mat despatch’ yang pernah sama-sama hidup susah dengan saya.

“Sebab saya tahu, bila kita mati nanti, siapa yang akan angkut kita ke kubur kalau bukan kawan-kawan? Kalau boleh tergolek sendiri tidak mengapalah…tak perlu nak minta tolong orang,” seloroh Nabil yang kini kian selesa bergelar penerbit di bawah produksinya, Nabil Ahmad Production Sdn.Bhd.]

Foto: Instagram Nabil Ahmad