[Terkini] “Saya Bapa Ainul Mardhiah Mengucapkan Jutaan Terima Kasih ..”- Ainul Mardhiah Ke London Malam Ini.

DUA urusan penting diselesaikan bapa Ainul Mardhiah, penghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’ hari ini sebagai persiapan terakhir sebelum bertolak ke London esok.

Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, ketika dihubungi berkata, urusan itu perlu diselesaikan segera berikutan tempoh berlepas ke sana semakin suntuk.

“Dua perkara penting lagi perlu diselesaikan hari ini,” katanya.

Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan dua urusan berkenaan.

Difahamkan keluarga Ainul Mardhiah sibuk menyelesaikan urusan akhir proses perjalanan ke London malah bapanya itu juga masih menerima sumbangan bekalan air zam-zam untuk kegunaan bayi perempuannya sepanjang menerima rawatan di London nanti.

No photo description available.

Air Zam-zam yang dihadiahkan oleh seorang hamba Allah

Air itu disedekahkan ‘Hamba Allah’ selepas Ahmad Safiuddin memuat naik status di Facebooknya bertanya servis penghantaran air zam-zam rumah di kawasan Shah Alam dan Klang, tengah hari semalam.

Media sebelum ini melaporkan pakar bedah warga Malaysia berpangkalan di United Kingdom (UK), Dr Nur Amalina Che Bakri, bersama kumpulan pakar di negara itu bersedia membuat pembedahan terhadap Ainul Mardhiah dengan kos rawatan dianggarkan lebih RM1juta.

UPDATE :
Ainul telah berlepas ke London melalui KLIA semalam ..Selamat Jalan Sayang Ainul..


sumber : metro online

error: Content is protected !!