Saya bukanlah j4hat, saya bukanlah per4mpas. Saya hanya ingin ‘meminjam’ kasih sayangnya

Foto sekadar hiasan..

Kalau dahulu saya sangat tak faham kenapa perempuan boleh terjatuh sayang pada suami orang, namun sekarang hal ini terjadi pada diri saya sendiri. Jangan anggap semua orang kedua jahat, tak berhati perut. Saya selalu katakan pada B, yang saya hanya pinjam dia dari isterinya, bukanlah mer4mpas…

#Foto sekadar hiasan. Saya Cahaya. Sedang mencari cahaya dalam kegelapan hidup. Seperti biasa, yang selalu menghantar posting ke sini mestilah ingin meluahkan rasa, ingin meminta pandangan, dan juga bakal dikecam, walaupun tidak mahu dikecam.

Saya mulakan kisah hidup saya, saya berumur 26 tahun, masih belum berkahwin dan baru je bekerja (lepasan degree). Biasalah, umur selepas 25 tahun pastinya keluarga dah cukup risau kalau belum bertemu j0doh. Kakak – kakak dah sibuk carikan calon suami untuk saya, dan kebetulan ada anak kepada kawan kakak berumur 30 tahun masih bujang. Saya namakannya sebagai A.

Saya kenal A sejak kecil lagi, sudah anggap seperti abang, tak lebih dari tu. Tapi seluruh keluarga mahu satukan kami. Saya tak mengiyakan dan juga tak menidakkan, saya hanya kata kepada keluarga, “just follow the flow, ada j0doh ada lah, tapi kalau tak ada jangan p4ksa”. Tapi hati saya susah untuk terima A, mungkin sebab dah anggap seperti abang je, tak ada rasa sayang yang lebih.

Perkara ni terjadi semasa saya berumur 24 tahun lagi sehingga lah sekarang. A pun tak ada usaha untuk ambil hati saya, tanya khabar pun jarang – jarang, sedangkan kami bekerja di bandar yang sama, masing – masing jauh dari keluarga.

A pernah bagitahu saya yang dia sukakan saya tapi macam mana saya nak bagi hati saya pada A kalau A sendiri tiada usaha apa – apa untuk ambil hati saya.

Dalam masa setahun dua ini juga saya berkawan dengan ramai lelaki, kerana bagi saya biarlah berkawan sahaja, tidak ada sebarang hubungan, kerana daripada berkawanlah saya akan lebih mengenali hati lelaki dan berasa lebih selamat.

Namun pertengahan tahun lepas, satu ujian besar men1mpa saya. Saya berkenalan dengan seorang lelaki, saya namakannya B. B ialah kawan kepada kawan saya, pada mulanya hanya berkawan namun tidak sangka hati terjatuh sayang. Tetapi masalahnya, B berstatus suami orang. Ye, suami orang dan sudah memiliki anak.

B masih muda, tua sedikit daripada saya, B kahwin muda jadi rupa dan perlakuannya tidak menunjukkan dia seperti bapak orang!

Saya pada mulanya hanya menganggap B seperti kawan biasa kerana saya tahu B adalah suami orang, saya juga tidak suka menggangu rumahtangga orang lain dan saya bencikan per4mpas, namun saya silap, kata – kata saya memakan diri, sekarang kami berhubungan lebih dari sekadar kawan.

B banyak menolong saya, berjauhan daripada keluarga memerlukan saya berdikari sendiri untuk hidup tapi B lah yang banyak membantu saya, langsung tidak berkira dan dia juga mengaku yang dia sayangkan saya lebih dari seorang kawan.

Tiada siapa yang tahu tentang hubungan kami, hanya kami berdua, tapi saya rasa bahagia walaupun hubungan ini harus disorok dari semua orang.

Walaupun kami jarang berhubung, apatah lagi berjumpa, tapi saya bahagia. Saya tak akan ganggu masa dia bersama keluarganya, dia langsung tak abaikan keluarganya.

Dia juga selalu suruh saya bersabar dengan dugaan hubungan kami, dia ada juga mengajak saya untuk berkahwin tapi saya selalu memikirkan keluarga saya, tentu keluarga kecewa dengan tindakan saya nanti.

Saya juga tak pernah minta B untuk tinggalkan isteri dan anak – anak, dan saya tahu kalau kami kahwin, saya yang akan banyak berk0rban, saya tak nak dia abaikan isteri dan anak – anak.

Saya tahu saya silap jatuh hati pada B tapi apakan daya saya untuk menghalang perasaan saya. B adalah suami dan bapa yang baik untuk keluarganya dan saya bukanlah jahat, bukanlah per4mpas, saya hanya ingin ‘meminjam’ kasih sayangnya.

Saya selalu katakan pada B yang saya hanya pinjam B dari isterinya, bukanlah mer4mpas, dan saya janji akan pulangkan B semula. Maksud saya, saya sendiri akan pergi dari hidup B bila saya dah kuat untuk pergi dan mencari hala tuju baru. B selalu halang saya dari pergi, sudah banyak air mata yang saya habiskan tapi rasa sayang saya pada B tak pernah pudar.

Sem4kin hari saya bahagia, namun sem4kin hari saya barjanji dengan diri sendiri untuk pergi dan tak menggangu B lagi. Saya selalu bertanya, kenapa saya diuji begini? Saya susah untuk sukakan lelaki, tapi kenapa tiba waktunya hati saya terbuka untuk lelaki, lelaki itu suami orang? Saya tentu sedang dic4ci, dim4ki oleh semua orang sekarang.

Namun, saya mohon doakan saya kuat untuk pergi dari hidup B dan bertemu j0doh yang lebih baik. Doakan juga supaya B bahagia bersama keluarganya. Sekarang saya sedang kumpulkan kekuatan untuk pergi dari B dan mulakan hidup baru. Saya sendiri tak tahu apa yang bakal terjadi nanti. Tentang A, biarlah dahulu. Kalau betul j0doh dengan A, apalah hak saya untuk menolak, namun jika betul j0doh saya dengan B, adakah itu salah saya?

Kalau dahulu saya sangat tak faham kenapa perempuan boleh terjatuh sayang pada suami orang, namun sekarang hal ini terjadi pada diri saya sendiri. Jangan anggap semua orang kedua jahat, tak berhati perut, saya sendiri mahu keluar dari situasi ini.

Terima kasih jika ada yang memahami namun maafkan saya atas luahan saya ini. – Cahaya (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet

Imtihan Najihah : Ya suami orang ni kalau boleh cepat – cepatlah elak. Jangan bagi langsung peluang untuk rapat. Benda boleh elak sebenarnya, cuma kena tetapkan dalam diri. Walau dah jatuh hati pun jangan layankan perasaan tu. U can do this. Ingat cari jalan untuk elak. Kalau niat kita dari awal tak nak kacau hak orang, kita kena usahakan lebih dari segi usaha, lelaki ni kalu perempuan tak layan, dia tak akan usik. Mungkin bagi kita nak jadi madu yang terbaik tapi serius ingatlah kepada jiwa yang berduka di saat kita bahagia. Kita perempuan kena sama – sama jaga hak perempuan. Kalau boleh elak kita elak. #kitajagakita

Atikah Jamaludin : Kalau dah nama suami orang lepas tu cari perempuan bukan ajnabi untuk berseronok – seronok, tu bukan lelaki yang baik la tu. Dia bosan dengan bini dia, dia cari pengganti buat isi masa lapang dia. Mungkin kalau pun dia kahwin dengan awak nanti dia pun boleh menambah lagi sorang atau buang awak jauh – jauh bila dah bosan dengan awak. Pilihan pertama, carilah lelaki bujang. Sebab hidup lepas kahwin ni tak la semudah yang disangka. Kahwin ni bukan seronok awak bercinta aje. Bila ada anak, komitmen bertambah. Masa tu baru timbul rasa kesal. Tapi dah jauh nak patah balik.

Intan Attique-a : Hello confessor, tolonglah kalau dah sedar tu, just walk awayyy. Tak perlu nak kumpul – kumpul kekuatan. Tak payah la nak tunggu lagi. Tu semua g0daan sya1tan. Biarkan si B tu bahagia dengan isteri dan anak – anaknya. Sekarang menumpang kasih suami orang, jap lagi jadi pencer0boh. Pastu buat buat tanya, salah diri sendiri ke? Dah jod0h tak boleh nk buat ape. CIiche.

Debunga Chenta : Pergi jer dari sekarang, jangan kata nak tunggu sampai dah bersedia apa semua, mengarut. Lagi lama tunggu, lagi susah plak nak tinggal dia. Yela banyak kenangan bila dah lama sangat. Kalau ko kemaruk sangat nak kahwin laki orang, pergi la jumpa bini dia tu minta izin. Masa tu ko boleh tengok la per4ngai bf ko macam mana. Mesti tak cukup d4rah muka tu bila kata nak jumpa bini dia.

Puan Fitamaria : Bukan nak kecam cuma nak nasihat sebagai wanita a.k.a isteri orang, ustazah Asma pernah cakap dalam ceramah dia, dia kata untuk berlaku curang ni adalah pilihan. Pilihan sama ada memilih isteri atau perempuan lain. Saya jugak pernah berada di situasi confessor ketika saya belum berkahwin. Saya memang tak nak jadi pemvsnah rumahtangga orang, bila saya dapat tahu suami orang terus saya tinggalkan. Ketika itu jugak pilihan buat saya sama ada teruskan atau tinggalkan. Kalau lelaki yang baik mesti dia sudah bagitau isteri. Kita sama – sama wanita jangan biarkan kaum kita mend3rita sebab lelaki macam tu.

Tiffa Ishak : Sorry to say, kau umpama mencuri cahaya dari rumah orang lain, sebab kau cakap nak cari cahayakan. Bayangkan mencuri elektrik dari rumah orang lain, salah ke tak kalau macam tu? Natijahnya kau sendiri tahu. Dah cakap dah, jangan JANGAN dekat dengan suami orang, tak mungkin boleh jadi kawan. TAK BOLEH! DEGIL! hishhh.. Geram betol.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Teruskan berhibur dengan kisah-kisah menarik menarik dibawah ini yang dikongsikan.