“Saya Cakap Jangan Tidur Di Sofa, Dia Sambung Pula Di Surau” Terasa Di Fitnah Che Ta Mahu Saman Bekas Pemandu Peribadi.

Hiburan

Pelakon cantik Rozita Che Wan atau Che Ta bakal mengambil tindakan terhadap bekas pemandu peribadinya, Muhammad Riduan.

“Bayar tetap bayar. Gaji dia sudah dibayar penuh seperti biasa berjumlah RM2,000 hari ini. 

“Tetapi dengan apa yang dia dah buat terhadap saya dengan mengadakan cerita tak benar sekali gus jatuh fitnah dan memalukan, kami akan ambil tindakan tegas.

“Kami sudah berhubung dengan peguam untuk tindakan mahkamah. Malah kami juga  nak buat saman malu dan memohon dia melakukan permohonan maaf secara terbuka,” katanya.

Semenjak semalam, wujud dakwaan yang mengatakan Riduan tidak dibayar gaji dan teraniaya.

Malah difahamkan, teman rapatnya juga bertindak agresif dengan melancarkan ‘perang’ menulis komen meminta gaji itu dibayar.

Tambah Che Ta, dia menafikan dakwaan tidak pernah membayar gaji pekerjanya. 

“Gaji dia bulan pertama dibayar seperti biasa. Cuma untuk bulan Februari saya terlambat bayar kerana tidak masuk ke pejabat untuk menguruskan hal kerja termasuk pembayaran gaji.

“Kebiasaannya saya akan bayar gaji setiap hujung bulan atau selewat-lewatnya sebelum masuk tarikh ketujuh bulan seterusnya. Itu perkara biasa. 

“Bulan Februari saya banyak urusan kerja luar dan tak dapat masuk ke pejabat. Semalam, pada tarikh 6 Mac saya baru masuk pejabat.

“Selesai urusan yang patut termasuk mesyuarat, saya sudah bersedia mahu memberikan cek kepada pemandu peribadi, tiba-tiba sahaja dia tularkan perkara ini.

“Saya asalnya sudah mahu membayar dan dia juga sudah bersetuju dengan jumlah gaji yang akan dibayar,” katanya.

Menurut pelakon drama bersiri Kiah Pekasam ini, pada bulan Februari sahaja, lelaki itu bercuti selama 12 hari.

“Dia hanya bekerja 16 hari saja.  Tapi saya masih nak bayar gaji penuh kepadanya iaitu sebanyak RM2,000.

“Tetapi Zain sendiri cakap dengan jumlah kerjanya pada bulan Februari, patut dibayar RM1,000 saja. Namun selepas dipertimbangkan, saya nak bayar RM1,500 kepadanya.

“Dia cakap tak mahu kerja dengan saya lagi dan tarikh akhir bekerja pada 23 Februari.  Mungkin sebab sedar diri kerjanya tak bagus dan rasa tak terjamin, maka mulalah nak tularkan benda yang sebaliknya.

“Buat cerita itu dan ini demi menutup kesalahan diri. Kalau dia muat naik dalam status di Facebook, cakap kena kerja pada dari jam 7 pagi hingga 12 malam sampai letih.

“Kenapa tak tulis pula sepanjang waktu itu, masa dia banyak dihabiskan dengan tidur sahaja.

“Saya cakap jangan tidur di sofa di pejabat, dia sambung pula di surau. Sebelah malam pula, dia sanggup ambil kerja lebih masa dengan menjadi pemandu Grab sampai lewat pagi.

“Soal nak buat kerja lain itu saya tak pernah larang, tapi sampai etika kerja diabaikan hingga tak datang tepat waktunya, adakah saya patut beri peluang dengan individu yang bersifat sebegini?

“Banyak kesalahan dan masalah yang ditimbulkan, tapi saya cuba pejam mata. Nampak gayanya, dia cuba menguji tahap kesabaran diri.

“Daripada awal dia bersetuju nak kerja dalam tempoh jam yang panjang. Tapi dalam sepanjang tempoh itu bukan dia kena bekerja pun.

“Dalam seminggu pun ada kalanya dia hanya perlu datang dalam tiga atau empat hari. Kalau saya bercuti atau tiada dalam KL, tugasnya tidak diperlukan. Malah ada kalanya, Zain yang menjadi pemandu,” katanya lagi. 

Selama ini, Che Ta mengakui tidak pernah berdepan masalah dengan pemandu peribadinya.

“Dulu pernah ada pemandu peribadi yang bekerja sampai 10 tahun dengan saya. Begitu juga pemandu seterusnya. Kedua mereka menunjukkan sikap yang baik dan rajin. Tapi yang kali ini, sebaliknya.

“Ingat lagi masa awal dia ditemubual untuk menjadi pemandu peribadi, siap cakap … kalau tak bagus khidmatnya.. sanggup cakap tak dibayar gaji. Banyak kesalahan dan sikapnya yang melanggar etika.

“Tapi tidaklah sampai saya terfikir nak merakamkan atau mengambil gambar sebagai bukti. Kalau ada semua bukti sebegitu, saya rasa baru dia tahu langit ini tinggi atau rendah. Tak terdetik langsung nak buka aib dia.

“Dia seorang individu yang baik, namun masih terlalu muda dan belum cukup matang. Ketika ketika sebut kesalahannya waktu bekerja, dia sendiri mengakuinya.

“Dia sedar yang tak patut buat kerja lain jika ia mengganggu prestasi kerja. Dia pernah terlelap waktu tidur ketika kami dalam perjalanan ke Johor.

“Saya minta dia berhenti memandu dan membasuh mukanya. Dia harus fikir dengan sikapnya itu, nyawa orang lain boleh tergadai.

“Saya dan Zain pun rasa yang dia sebenarnya dihasut oleh rakan dan orang sekeliling untuk memuat naik status berunsur provokasi. Dengan cara budi bahasa dimilikinya, dia takkan tulis sebegitu,” katanya lagi.

 

sumber : Astro Gempak