“Saya M0hon Maaf Atas Segala Kesvlitan Yang Timbul…”- Menteri Pengajian Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Cadangan penanggvhan serta-merta pendaftaran fizikal pelajar baharu ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) semalam adalah berikutan kenaikan mendadak kes jangk1tan C0VID-19 akhir-akhir ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, peningkatan kes tersebut adalah di luar jangkaan dan keputusan dibuat setelah perbincangan antara kementeriannya bersama pihak IPT dan Majlis Keselamatan Negara serta Kementerian Kesihatan dijalankan.

Kerajaan teruskan program MyBrain bantu mahasiwa sambung pengajian, kata menteri | Baca....

“Saya mengambil maklum rintihan dan keluhan pelajar serta ahli keluarga mereka susulan keputusan pihak IPT menangguhkan pendaftaran fizikal.

“Saya berharap pihak IPT dapat bersikap wajar, bertimbang rasa dan munasabah dalam menguruskan segala hal yang berbangkit berhubung pen4ngguhan ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, pelajar-pelajar yang sudah tiba di kampus diarahkan untuk boleh terus kekal berada di sana sementara menunggu arahan seterusnya daripada pihak universiti.

“(Manakala) kepada pelajar yang masih lagi di kediaman atau kampung halaman masing-masing, saya mohon untuk t4ngguhkan dulu seketika pergerakan untuk pulang ke universiti.

“Akhir sekali, saya ingin memohon maaf atas segala kesvlitan yang timbul dan berharap kita dapat bersama-sama membendvng penularan wabak C0VID-19 ini,” tambah kenyataan itu lagi.

‘Menteri KPT sila letak jawatan!’ – Pelajar IPT b3ngang KPT umum keputusan ‘last minute’ buat ramai yang rugi

Tindakan saat akhir Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan pen4ngguhan semua sesi pendaftaran pelajar baharu dan lama secara fizikal dan kelas di institusi pengajian tinggi (IPT) diadakan secara dalam talian 100 peratus buat sementara waktu untuk semester akan datang, membuatkan ramai pelajar terkesan.

Ditambah pula, pengumuman itu dikeluarkan pada waktu ketika ribuan pelajar dari seluruh negara dalam perjalanan ke kampus masing-masing.

Berdasarkan kenyataan KPT yang dikeluarkan pada tengah hari Jumaat 2 Oktober 2020, pihaknya sedar akan pandangan dan kebimbangan pelajar dan ibu bapa serta masyarakat susulan peningkatan kes C0vid-19 yang terlalu ketara, beberapa hair sebelum pengambilan pelajar baharu di universiti dan kolej.

KPT mencadangkan kepada semua IP untuk menangguh dahulu pendaftaran secara fizikal/bersemuka pelajar-pelajar baharu dan lama ke kampus. 

“Semua urusan pendaftaran pelajar boleh dilaksanakan secara dalam talian, begitu juga aspek pengajaran dan pembelajaran sehingga pengumuman baharu mengenainya dibuat. 

“Bagi pelajar yang telah berada di kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik, mereka boleh kekal berada di kampus masing-masing. Pihak IPT diminta membantu segala keperluan yang diperlukan oleh kumpulan pelajar ini. 

“KPT juga telah mengambil langkah profaktif berunding dengan syarikat-syarikat penerbangan bagi memohon mempertimbangkan penjadualan semula penerbangan pelajar-pelajar pulang ke kampus, khususnya bagi mereka yang telah membeli tiket penerbangan pulang ke IPT masing-masing. 

“Hasil rundingan tersebut, syarikat-syarikat penerbangan telah bersetuju untuk menjadualkan semula penerbangan pelajar sehingga 31 Disember 2020,” kata kenyataan itu.


Pengumuman pada saat akhir KPT itu ternyata mengejutkan ribuan pelajar yang kini sedang meluahkan kem4rahan mereka di media sosial. Lebih teruk lagi, tanda pagar (hashtag) #MenteriKPTsilaletakjawatan juga kini trending di laman Twitter sejak pengumuman itu dibuat.

Banyak pelajar yang terkesan memuat naik luahan ketidakpuasan hati mereka kerana terpaksa pulang semula dan ada yang terpaksa mencari penempatan sementara serta mencari pihak yang sudi menumpangkan mereka pulang ke rumah masing-masing.

 

Sumber: Dr. Noraini Ahmad, Siakap Keli, The Vocket

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.