“Saya Perlu Fikirkan Perasaan Qayyum..” – Ekoran Isu Ibu Kandung Minta Pulangkan Anak, Datin Shahida Akhirnya Buat Pilihan

Hiburan

Ekoran daripada isu ibu kandung kepada anak angkat Dato’ Aliff Syukri meminta memulangkan semula Qayyum ke pangkuannya, beberapa jam yang lalu Datin Shahida telah menyatakan keputusannya  terhadap permintaan pasangan ibu bapa kandung anak tersebut.

Luah isteri kepada jutawan muda tersebut, dia membuat pilihan demi menjaga perasaan  Qayyum. Tidak meletakkan perasaannya sebagai yang utama, malah juga bukan  perasaan ibu kandung yang perlu dijaga, setiap keputusan yang dipilihnya adalah semata-mata demi kebaikan Qayyum.

Malah menurut Datin Shahida lagi, bila Qayyum sudah besar kelak, dia berhak untuk tahu dan cari keluarga kandungnya. Tugasnya sekarang adalah untuk membesarkan Qayyum dan memberi yang terbaik untuk anak itu.

Menerusi entri terbarunya, Datin Shahida telah mencurahkan luahan hatinya dalam kapsyen video tersebut.

QAYYUM SAYA TAK AKAN PULANG..SEBAB DIA BUKAN BOLA,BILA X NAK DIA BAGI,BILA NAK, AMBIK SEMULA…SAYA PERLU FIKIRKAN PERASAAN QAYYUM….BUKAN PERASAAN SAYA DAN BUKAN PERASAAN MAK DIA..BILA DAH KENAL ORANG DAN KEMUDIAN SAYA BG PADA ORANG YG DIA X KENALI..SAYA PUN BUKAN SEMPURNA JUGA X CUKUP BAIK UTK JAGA QAYYUM,TAPI SAYA TAHU ALLAH TU LEBIH PANDAI MENILAI…KALAU PASAL BIBIK NAK JADI KAN ISU,BUKAN DIA X KENAL BIBIK SAYA…SIAPA YG LAYAN DIA YG JAGA DIA WAKTU DI RUMAH SAYA,SIAP BERMANJA DGN BIBIK TU…MELAYAN MAKAN MINUM DIA..

.

TAPI BILA QAYYUM BESAR DIA BOLEH CARI MAK DIA SBB DIA KENA TAHU SIAPA DIA DAN SIAPA IBU DIA….TUGAS SAYA MEMBESAR DAN MENDIDIK DIA,BG YG TERBAIK UTK DIA,SAMA MCM SAYA DIDIK ANAK SAYA,CMM MANA SAYA GARANG DGN ANAK SAYA,MCM MANA SAYA PASTIKAN ANAK SAYA DGR CAKAP….SAYA AKAN BUAT BENDA YG SAMA……

.

TQ FOR ADVISE SEMUA..SAYA BACA SATU2 SAYA NILAI…..INILAH YG TERBAIK….

Rata-rata, para pengikut Datin Shahida bersetuju dengan pilihan Datin Shahida ini.

Berikut adalah komen-komen dari netizen.

Setuju dengan jawapan datin..

Jagalah Qayyum selagi hayat dikandung badan

Itu yang terbaik..moga dipermudahkan

Keputusan yang terbaik..

Sebelum ini, Datuk Aliff Syukri ada meluahkan rasa kesalnya terhadap permintaan keluarga kandung Qayyum.

“Mengandung 7 Bulan Kami Dah Jaga,” –  Ini Reaksi DS Aliff Serta Isteri

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kecewa apabila ibu kandung anak angkatnya, Qayyum meminta semula anaknya itu.

Menerusi entri di laman Instagramnya, Aliff berkongsi pengalaman menjaga Qayyum sejak dia berada di dalam perut ibunya lagi.
Dari Lahir Kami Jaga..

“Memang macam ni ek ambil anak angkat? Kalau tau mcm ni tak payah ambil lagi bagus jaga jee bebaik dalam perut tu tak payah gatal kasi orang.

“Niat hati wife saya nak berkomiskasi sbb tak nak putuskan hubungan dgn keluarga yo tapi jadi sebaliknya pula.

“Org tak fhm apa yg kami rasa…bila perasaan sayang dah ada sbb jg dr dlm perut lagi (mak yom mengandung 7 bulan kami dah jaga)

“Dan dari lahir kami jaga dan yg pelik lahir je yom kena sawan nangis, nangis tak berhenti dan ada masalah pernafasan dan mata.

“Lebih daripada 5k kos rawatan di hospital swatas..malah maid khas saya bayar gaji utk jaga baby ni shj.

“Susu pun tak minum yang biasa ok, minum susu soya, malah maid saya sampai tak tido malam semua org jaga dia.

“Dgn sakit mata 5 bulan baru hilang, suntikam bulanan, sakit demam…kami sekeluarga jaga.

“Hari ni dpt msg mak dia nk minta jaga balik Qayyum sbb katanya dh mampu jaga.

“Kalau tahu na ambil tak payah kasi dari awal atau ambil masa tgh parah menangis dan mata mcm ni.

“Sekarang dah sehat dan kurang nangis boleh berjalan, nak amek?,” tulisnya kesal.

Alahai, lepas satu-satu kes yang melanda Aliff dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Abdul Rashid.

Selain Qayyum, pasangan itu juga mempunyai seorang lagi anak angkat iaitu Ameena.

Sementara itu, isterinya juga turut meminta pendapat ramai apabila ibu kepada anak kecil tersebut tampil untuk kembali menjaga anaknya, kerana dikatakan sudah berkemampuan untuk menjaga Qayyum.

Ini pula komen netizen dilaman instgram Aliff Syukri.

@kinaghoticrose : Ibu kepada Qayyum HARUS berterimakasih akan pengorbanan Dato menjaga anaknya.BERSYUKUR kerana orang yang menjaga anaknya berkemampuaan dan bisa membesarkan Qayyum dengan lebih baik.(mentally/physically)Mengapa mentality ibu bapa Qayyum berfikiran begitu negetif? Cara seluruhannya Datolah calon terbaik untuk membesarkan Qayyum

@apriliyous_ : Tak payah bagi la tok , kalau mak dia syg dia tak lepas tgn pun bagi dgn toj biar dia susah mcam mana pun 

@linda.h86 : Mmg xsanggup tapi tempat terbaik adalah disisi ibu kandung dia. dato datin blh jgk ambik dia utk bermalam jugak. Mintak yang baik2 dari Allah..

@azurazaini_ : sabar lah Dato…insyaallah ade hikmahnye..Allah x tido..Allah x buta..dia nmpak apa yg Dato Datin buat..abaikan org sekeliling..insyaallah..semoga di permudahkan segalanye..aamiin

@kasinawaza : Jgn bagi dato @aliffsyukriterlajaklaris .. yom already in a good hands…kesian yom kalau dato serah pada biological parents dia…

@norfaranimohd : Allah faham apa yg Dato & Datin rasa..jerih perih jaga Qayyum..jln terbaik buat istikharah je.. jln terbaik utk buat keputusan..

@amyunus777 : Assalamualaikum,. Dengan kemurahan hati dan kasih syg dato pd anak anak ni, sy doakan Allah angkat darjat dato dan datin di dunia yg kekal abadi (akhirat). Kalau syg mngkin cuba la pujuk ibunya. Tpi, xdpt nak dinafikan dia ada ibu kandungnya yg melahirkan dia dan bertarung nyawa utk dia. Kalau dato jaga lebih baik demi masa depan pd mata kita, tapi Allah lebih tahu yg terbaik utk dato dn keluarga. Maka elakkan ungkit nnti bila yom dh besar dia akan kasih dn syg dato datin seperti syurga dia semoga Allah beri panduan utk beri keputusan yg baik.

Sumber: hmedia